Wednesday, April 27, 2011

Peminta Sedekah Masjid India dengan Orang Kaya Damansara

First of all biasanya aku akan tulis post baru time tengahari ataupun petang. tapi hari ni aku tulis post pukul 12.40 malam. kenapa? sebab Wifi kat U aku ni macam gampang sedikit. ops silap cakap. bukan sikit. BANYAK.

Okay, masuk tajuk kali ni, pelik tak dengan tajuk yang aku letak? Mesti kauorang tak dapat agak apa yang aku nak mengarut kali ni kan? Okay, Peminta sedekah ni aku describekan sebagai orang miskin yang kerjanya duduk tepi jalan mengharapkan belas kasihan orang. Dalam masa yang sama, Orang kaya Damansara disebut sebagai orang kaya. Eh, kenapa Damansara? sebab bila sebut je Damansara, orang akan tahu, "Ohh, kawasan elit".






Aku tulis kali ni bukan nak memuliakan orang miskin. tak jugak nak mencaci orang kaya. aku berdiri kat tengah. pandang kiri miskin, pandang kanan kaya. apa motif aku nak tulis pasal ni? apa point aku? okay baca dulu.

Bila aku lalu sekitar Masjid India atau kaki lima Jalan2 kat KL, Selalu sangat aku jumpa golongan yang mintak sedekah macam ni. ada yang perfect. ada yang tak ada kaki, ada yang bisu, ada yang buta. kesian, sedih aku rasa bila tengok diaorang macam tu. dalam masa yang sama, bila aku tengok kat Curve, One Utama, Klcc dan lain2 tempat yang dikategorikan tempat orang ada duit, golongan kaya belanjakan duit diaorang macam duit itu tak ada nilai.

Peminta sedekah hidup melarat. bukan. SANGAT melarat. orang kaya hidup bermewah2. mungkinkah diaorang tak sedar wujudnya orang yang tak ada duit macam peminta sedekah ni? mungkin jugak. kenapa diaorang tak sedar? sebab diaorang shopping tempat mahal. mana pergi tempat murah macam Masjid India and Petaling Street. Aku terpanggil rasanya nak cerita tentang perbezaan orang miskin dengan orang kaya secara umumnya. Tak bermaksud semua yang miskin seperti yang aku tulis dan tak semestinya semua yang kaya seperti yang aku nyatakan. pandai2 letak kauorang dalam kategori yang mana dan classify kauorang sendiri macam mana.

1. Orang Miskin makan makanan 2 kali sehari. kadang2 ada yang makan 1 kali je sehari. Orang kaya makan teratur. ikut jadual makan. ada breakfast. ada lunch, ada tea-time, ada dinner, ada supper. 5 kali sehari. Apa yang orang miskin makan 2 kali sehari tu? mungkin ada nasi lemak yang harga RM 1.20 sebungkus, mungkin jugak roti buku yang tak ada perasa. mungkin jugak kuih muih 3 biji RM 1. Orang kaya makan apa? Breakfast dengan breakfast cereal, ada yang makan sandwic. lunch pulak makan nasi kandar, nasi beriani or maybe makanan western. Orang miskin makan tak tentu masa. Orang kaya makan kuih and minum teh pulak petang2. orang miskin tak pasti dapat makan malam atau tidak. tapi orang kaya dah ada plan nak pergi victoria station untuk dinner, kalau tak pun mungkin San Francisco Steak House. Orang miskin dah tak ada duit nak makan. orang kaya makan lewat malam pulak. ada yang makan nugget, scallops, hotdog dan macam2 lagi.


Peminta Sedekah dapat roti macam ni pun dah cukup


Peminta sedekah tak pernah terbayang nak makan macam ni

2. Orang minta sedekah tak ada banyak baju. mungkin ada 3, 4 pasang. pakai je lah apa yang ada. biarpun buruk. nak beli baru memang tak mampu. Orang kaya kadang2 ada satu bilik khas yang orang panggil Wardrobe Room. satu bilik khas untuk simpan baju. Orang miskin pakai je baju walaupun terkoyak ataupun berlubang. orang kaya kadang2 buang baju koyak dan berlubang. ada yang jadikan alas kaki. Setiap kali raya, peminta sedekah duduk termenung di rumah. oh bagi mereka mungkin rumah tapi bagi kita bawah jambatan. masih pakai baju buruk yang dipakai hari2. makan kuih raya murah yang orang sedekah. Orang kaya? bergembira di rumah besar, ada sofa, pakai baju melayu yang ditempah, dengan kain gred A. sambil makan ketupat, rendang, lemang and macam2 juadah raya.

Rumah Orang Kaya
  

Rumah Peminta Sedekah
                                                                   
3. Peminta sedekah setiap hari rutin sama. tepi jalan, tadah tangan. kadang2 pegang mangkuk. menunggu belas kasihan orang yang lalu lalang nak hulur duit walaupun seringgit. Orang kaya hidup sentiasa penuh perancangan. setiap cuti sekolah, bawak satu family anak-beranak pergi bercuti. Genting Highlands, Cameron. segala pulau yang cantik, sunway lagoon. kadang2 resort Bukit tinggi. Orang miskin tak pernah terfikir atau terlintas untuk pergi tempat2 macam tu. Pernah nampak Genting Highlands. sekadar nampak dari tepi jalan Kuala Lumpur waktu malam. 

4. Peminta sedekah selalu nampak orang yang lalu lalang bercakap sorang2 sambil pegang handphone kat telinga. tak pernah terlintas nak beli, kenapa? sebab tak pernah mampu.hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Orang kaya macam mana pulak? Guna handphone ikut peredaran masa. Blackberry , Iphone and macam2 lagi gadget canggih. setiap kali keluar versi baru, dah siap sedia tempah, sama ada kat celcom ataupun maxis. Ada yang beli Ipad sedangkan peminta sedekah tak pernah merasa guna touch screen. apa yang diaorang tahu, benda tu boleh untuk telefon orang.

Peminta Sedekah Tak Pernah Terfikir Nak Beli Benda Macam Ni.

5. Peminta sedekah selalu akan kekal peminta sedekah, nasib tak berubah. kenapa? pelajaran tak ada. kalau ada anak, tapi tak mampu nak hantar anak sekolah, nak buat macam mana? Orang kaya pelajaran diambil berat. Hantar anak sekolah bukan sekolah biasa malahan sekolah swasta. Yuran RM 3000 setahun. Orang kaya tak akan kisah dengan berapa duit yang perlu untuk pelajaran. Anak habis sekolah, ada yang hantar masuk kolej swasta, kolej mahal, Lim kok Wing, Taylors, Sunway College. ada yang hantar anak belajar oversea. Russia, Mesir, Ireland, United States, United Kingdom, India, Indonesia and macam2 negara lagi. Anak peminta sedekah? kekal di jalanan. sampai bila? sampai mati.


Nasib Anak2 Peminta Sedekah


6. Sedih and tersentuh hati bila tengok peminta sedekah duduk di jalanan sambil pangku anak kecik. yang pangku baby pun ada. tak kira dengan udara bandar yang kotor dengan asap kereta, lori dan motor. tak peduli dengan keadaan sejuk kalau malam. terpaksa biar anak kecik dan bayi tu terdedah dengan gigitan nyamuk. Anak kecik orang kaya macam mana? ditatang macam minyak yang penuh. tidur atas tilam empuk. dengan kelambu nak elak nyamuk. selimut selesa dan udara bersih dengan aircond. Peminta sedekah bukan tak sayang anak tapi tak mampu. terpaksa biarkan anak macam tu. Dalam hati seorang ibu atau bapa, siapa yang nak tengok anak terbiar and terdedah dengan bahaya macam tu? tak ada. 






Aku tak boleh nak cerita banyak2. aku sedih. Kauorang baca, Kauorang fikir. 

ASSALAMUALAIKUM

8 comments:

hazimshauki said...

great idea and people should think the way you are. splendid touch with the words and beyond all ods, WELL DONE bro! keep it up

AimanRisham Is Not A Loser said...

Thanks bro for the appreciation. keep reading as i'll be posting new entries everyday :)

♥ Myra said...

(Y) Aiman. Like this one. Kepp on blogging.

♥ Myra said...

*keep

AimanRisham Is Not A Loser said...

Thanks Myra. I'll keep writing. as long as people still want to read :)

.::: mr IQ :::. said...

sedih bila tengok gambar yang last tu.. :(

Pert Doherty said...

power to the people!!

Madiha Ilham said...

wahh dah reti buat pop out box!! kagum sebentar!

okay back to our main topic,

inilah yang dikatakan dengan sistem ekonomi kapitalis, yang mana si kaya akan terus menikmati kekayaan, dan yang miskin akan terus mundur dan miskin. kalau ikutkan logik, kalau kita betul-betul gunakan sistem ekonomi islam, maka tak ada orang yang miskin mutlak macam tu (i guess so).kutipan zakat dapat berjuta, tapi ke mana? dana bantuan sana sini kutip bagai nak rak, tapi duit tu hala ke mana?


sama-sama fikir, sama-sama jawab.