Tuesday, April 26, 2011

Aku Sayang Manchester United!

Match yang memang best untuk ditengok. Man United terbaik

Macam biasa, bila ada game Man U, aku mesti nak tengok. Apa lagi bila game besar ni kan? Dari siang dalam kelas lagi aku dah ajak classmates fly pergi McD Ss14 malam tu, tapi semua macam banyak alasan. Habis kelas pukul 5. aku relax lagi. still duduk depan laptop melayan blog dan menulis post sebelum ni. Then pukul 10 lebih, aku mula calling balik member2 sekelas dengan harapan diaorang nak follow tapi semua macam taknak je. Aku mula rasa macam malas nak gerak sorang. gila apa, tengah2 malam buta nak fly sorang. dah la banyak anjing. oh aku memang fobia dengan anjing. haha. 

Aku cuba mintak Aimi nak tengok match malam tu dekat laptop dia online sebab dia ada Wifi internet laju. Dia macam tak pasti lagi and dia pun tak teringin sangat nak tengok memandangkan dia fans Chelsea. Dia kata "Tengok lah dulu". Aku macam tak sedap jugak bila tak pasti macam tu. Dalam pukul 11 lebih, aku terbca kat news feed fb aku, Manchester United FC Malaysia buat event dekat McD Ss 14, gathering ramai2 untuk support Man U. Aku dah mula rasa nak sangat pergi. And aku ajak Apek macam biasa lah sebab dalam bilik ni kitaorang dua je Man U fans.

Check baju2, ah sudah, jersi Man U aku dua2 aku tertinggal kat rumah sebab tak sempat basuh. yang merah aku tinggal. putih pun sama. geledah2 akhirnya aku jumpa plain shirt Giordano warna merah. Pun boleh. Pukul 1.40 pagi, panjat pagar tepi masjid and start berjalan ke Ss 14 nak gi McD. On the way, sembang2 pasal Man U and bincang berapa Man U nak menang malam ni. Alaa dah tau menang so bincang score je lah. hahaha

Sampai McD pukul 2.15. Cantik, meja banyak kosong lagi. aku dengan Apek ambik meja paling strategik. Oleh sebab aku kelaparan sebab last aku makan pun pukul 5 petang tadi, so aku pergi lah beli makan dulu. Double Cheese Burger McValue Meal aku pilih. memang kenyang. Terbaik lah McD. belakang kitaorang ada meja2 yang dah digabungkan jadi table panjang. and yang duduk kat situ semua berjersi merah (Yeahh!). Aku agak, ini mesti brader2 Man United FC ni. aku buat relax je dulu. start match, aku dah seronok, Man U main cantik sangat malam ni, seriously cantik.

First Half berjalan dengan menarik. menyaksikan punya banyak goal attempts Man United yang sentiasa tak masuk. kalau nak dikira, dah berpaa dah goal Man U masa first half tapi apa boleh buat. takde luck mungkin. Sampai hati aku cakap "Cilaka diaorang dah jampi tiang gol ke apa ni? Or mungkin goalkeeper tu amal ilmu hitam?" hahaha okay merepek. half time break, aku ambik kesempatan pergi refill air dan melayan Mild Seven Charcoal Filter yang setakat ni memang tak pernah menghampakan aku. Kauorang yang merokok, ini lah yang terbaik. Yang tak merokok, jangan lah sesekali cuba. 

Masuk second half, rentak sama macam first half tapi Schalke 04 aku tengok agak agresif. takut kalah ditempat sendiri, mungkin. Aku mula risau bila dah masuk 60 minit game tapi tak ada goal lagi. dalam hati aku, bagus jugak Schalke 04. Tapi aku percaya Red Devils mesti menang. Kebuntuan gol dipecahkan dengan goal Ryan Giggs yang pada aku sangat cantik dengan bola thru yang kemas. tinggal nak rembat masuk je. Itu minit ke 67". Punya sakit tekak aku jerit. Happy gila. Belum sempat aku nak redakan sakit tekak aku, Wayne Rooney pulak yang sumbat goal hasil assist Chicharito. Rooney memang terbaik. He's one of the best striker. Brader2 Man United FC mula menyanyikan lagu Wayne Rooney untuk celebrate goal tu. aku senyum, gembira. yes, aku gembira. sangat.

Dalam masa2 tu, Park Ji Sung, Chicharito, Rooney dikeluarkan and digantikan dengan Scholes, Nani dan Anderson. Rentak Man U mula relax. sedangkan Schalke desperate nak kejar goal. Beberapa kali aku tengok dah nak tambah goal lagi especially bila nani assist untuk Evra shoot tapi sikit lagi nak masuk Goal. tak apa lah. yang penting dah 2-0.

Match habis dengan keputusan 2-0. Semua dalam McD senyum, tepuk tangan and masing2 happy. Settle semua tu, masuk sesi bergambar. ramai2 fans Man U ambik gambar kenangan. Dalam pada tu, sorang brader Man United FC ajak kitaorang tengok final match EPL kat Milennium Square. InsyaAllah aku pergi. 



And itu lah conclusionnya, Man United kekal sebagai The best football team in the world. Biar ada yang mengeji, Man United memang terbaik. Lastly, MANCHESTER UNITED WILL FOREVER RULES FOOTBALL WORLD!

~GLORY-GLORY MAN UNITED~

No comments: