Tuesday, April 12, 2011

RINGAN DAN BERAT

Tengah duduk2 termenung teringat kampung halaman, otak cerdas aku tiba2 terpikir pasal muzik. Muzik yang zaman sekarang ni ada macam2 jenis. sampai tak larat nak dengar muzik yang mana satu. Tapi ada jugak manusia yang tak suka pada muzik. Bagi mereka, muzik ni melalaikan, membuang masa dan sebagainya. So jom kita cungkil dengan lebih dalam pasal muzik ni.

Bila sebut pasal muzik, orang akan terbayang2 lagu2 favourite dorang. Ada yang layan Justin BIBIR, BRUNOK Mas dan lain2. Untuk aku sendiri, aku lebih selesa dan lagi suka layan muzik berat. Bukan lah semata-mata sebab aku berat tapi maybe jiwa aku berat. (err betul ke apa yang aku ckp ni?) -.-

Oleh kerana aku minat muzik berat, jadi aku buat keputusan untuk kupas dengan lebih dalam pasal muzik berat POJAAN HATIKU ni. Pergi Mamp*s lah dengan muzik2 lembik yang lain walaupun kadang2 aku dengar jugak muzik lembik sedemikian. haha.

Muzik berat tergolong kepada beberapa cabang yang memeningkan untuk orang yang tak memahaminya. Sebut je metal, orang terbayang muzik ganas, muka corpse paint penuh rantai2 dan spike sana-sini. Golongan manusia yang anggap macam tu senang cerita kepala otak dorang tak cukup info tapi nak judge suka hati. Muzik metal ni banyak kategori, sekadar nak sebut beberapa je lah, ada death metal, black metal, orchestral metal, heavy metal, speed metal, viking metal dan jugak melodic metal. Jadi, adil ke kalau semua jenis metal yang ada tu digolongkan sama dengan black metal? tak kan? sape setuju angkat tangan macam saya~~

Masuk pulak muzik core. Aku tengok sekarang muzik core dah makin naik terutamanya kat tanah kelahiran aku sendiri, Malaysia. Okay aku pun tumpang happy lah bila muzik favourite aku makin diterima tapi masih ramai yang bila dengar muzik core, tak kira lah metalcore, deathcore, hardcore ataupun mathcore, dengan adanya scream pada lagu tu tidak kira sama ada dari jenis teknik inhale atau exhale, dengan tak sabarnya terus dikatakan lagu setan, lagu puja2, lagu yang merosakkan remaja sekarang. Bod*h nya lah manusia yang berpikiran macam tu. Aku bukan nak kata aku baik. Tapi, aku rasa aku layan muzik core ni takdepun buat aku lupa diri, lupa daratan, lupa agama dan lupa pasal benda lain yang penting dalam hidup aku. jadi kenapa perlu dibuat assumption sebegitu terhadap muzik berat ni?

Ini Baru Best :)

Tak Kira Berapa Ramai Yang Membenci, Hardcore Takkan Mati

Aku nak buat perbandingan yang best terhadap muzik berat dan muzik lembik. Tak payah jauh2 laa, dalam Malaysia sendiri. Aku tak kesah ada lagu cinta2 ni. memang cinta tu perlu, lagipun salah satu keperluan dalam Hierarki keperluan Maslow pun cakap yang kasih sayang tu satu keperluan hidup manusia. Tapi sedarkah kita, cuba tengok balik lirik2 lagu jiwang2 ni. macam dah xde benda lain yang lagi penting dari cinta. siap ada yang kata takde kalimat yang lebih agung dari kalimat cinta perempuan yang dia suka tu. weh abis tu kalimat ALLAH tak agung? tak cukup agung nak dibandingkan dengan kalimat suci agama? Dalam pada tu, renungkan pulak lirik2 lagu metalcore, hardcore dan metal2 yang lain. Kebanyakan dorang bawak lagu unsur kemarahan (ye lah dah scream2 nak bawak jiwang2 mcm x masuk kan). Tapi kemarahan yang diorang bawak berasas. Marah kepada kerajaan yang tak adil, marah kepada masyarakat yang selalu sangat prejudis dan banyak lagi. Bak kata org tua2 la, marah tu tanda sayang. Memetik lirik lagu "Dher Phalse Mesaya" dendangan sebuah band Death Metal dari Keramat, Kuala Lumpur yang diberi nama DAARCHLEA, lirik2 dalam lagu ni semuanya berunsur agama sebenarnya. Mengajak manusia sejagat untuk berwaspada tentang Dajjal Al-Masih dah sebagainya. Betapa kotranya lagu2 jiwang dengan lagu Heavy kan? so muzik mana yang menyesatkan sebenarnya? 

Berderu2 manusia yang berebut beli tiket menyaksikan Justin Bibir dan Brunok Mas. tak lupa jugak Maroon LIMA. Bagi mereka, pergi konsert macam tu tak apa. kalau gig2 metal, hardcore dan sebagainya ni semua teruk. Okay, sekarang cuba bandingkan dari segi ni pulak. Dalam Islam, diharamkan kita membazir untuk satu benda yang tak berfaedah. Okay dalam hal ni, x dinafikan lah, gig pun membazir. Konsert pun membazir. Tapi cuba tengok pulak, Konsert2 ni semua tiket harga berapa? gig tiket harga berapa? siapa lagi banyak membazir? :)

Untuk konsert, aku tak pasti sama ada dorang hormat waktu solat ke tak. Sebab aku tak pernah pergi konsert2 ni semua. Yang aku dengar dari kawan aku yang pernah pergi konsert My Kimia Romansa dulu, memang sejak petang lagi semua dah bertapa depan gate tunggu pintu bukak. So jawabnya? confirm lah x semayang maghrib kan? Bukan tugas aku nak judge pasal orang semayang ke tak semayang ni. aku sendiri pun semayang bukan cukup. aku akui itu semua. InsyaAllah aku akan cuba improvekan diri dari masa ke masa. Okay balik kepada topik asal, kalau gig pulak, even lah gig tu gig hardcore, death metal bagai, tapi tau tak korang bahawa gig akan dihentikan setiap kali masuk waktu Maghrib. Tak percaya? pergi lah mana2 gig kalau nak tengok sendiri . Ada sesetengah orang akan jawab "alaah, stop time maghrib je, so masa lain x semayang lah?" okay untuk menjawab balik pertanyaan tu, bukan ke standard orang2 tua pun akan marah kalau bukak TV time maghrib? jangan berhibur time maghrib sebab kena hormat waktu maghrib. Tapi tak pernah pulak ada aku nampak orang tua marah orang bukak TV waktu asar, zohor, isyak? so the same concept is being applied here. 

Aku tengok Tiket2 konsert Justin Bibir, Maroon Lima, Brunok Mas semuanya harga ada cecah ratus2. Mak aih, banyak betul duit orang Malaysia ni habiskan kat hiburan kan. Aku bukan nak bangkang mahupun nak memcerca golongan itu semua. tapi mcm x patut je lah. itu pendapat aku. takanak terima, aku kesah ape? ni blog aku kan :)  Bukan apa lah, aku pun ada beli tiket gig ASKING ALEXANDRIA. Harga berapa? Rm 45 sahaja. Apa bezanya? Band ni famous jugak. tapi x de lah membazirkan duit mcm penyanyi2 lembik itu. opss sorry kenyataan yang panas ni maybe akan buat peminat2 penyanyi2 tersebut marah. sepuluh jari disusun mohon ampun :)

Ni Haa Nak Tunjuk. Korang Ada ke? HAHA

Aku sebenarnya tulis ni semua bukan apa, aku dah penat dengan pemikiran orang2 yang menganggap muzik berat macam yang aku layan ni jenis muzik yang merosakkan. Jadi aku rasa lepas aku kemukakan bukti2 di atas ni, sedikit sebanyak dapat bukak mata golongan berkenaan. Kalau nak pejam jugak, teruskan, aku takde hak nak halang. Aku rasa dah cukup lah aku melepaskan kemarahan aku setakat ni. Nasihat aku kepada golongan yang taktau apa2 pasal muzik berat ni, tak payah lah nak kutuk2. kang kau punya point mengarut, kau jugak malu. Aku nak ambik contoh majalah Mast*ka. Majalah paling BODOH dan MENGARUT pernah aku baca. Dulu dok kecoh pasal black metal. Skinhead lah apa semua. Sebab apa? bukan apa pun, just nak lariskan jualan je. Okay baru2 ni aku ada terbaca satu tajuk cover depan mast*ka kat kedai majalah, "Pemuda dirasuk syaitan Black Metal" . Dalam hati aku, "apa pulak lah yang diorang nak mengarut kali ni". Aku selak2 lah nak baca walaupun mamak kedai majalah tu mcm usha2 tak puas hati sebab aku baca x beli. Peduli apa aku. And aku tergelak besar bila pemuda yang diorang kata kena rasuk syaitan black metal tu simpan cd lagu Iron Maiden. Weh come on lah Bod*h, Iron Maiden tu Legend Heavy Metal lah. Selamba ko je nak kata dia black metal? Hahaha. macam ni lah jadi bila selamba je tulis majalah tak research. Hanya bermodalkan ada gambar tengkorak (Eddie) kat depan cover album Iron Maiden, dikatakan black metal? WHAT THE FUCK?

Band Black Metal Ni~ HAHA


So sampai sini je lah, aku dari tadi nak stop tulis tapi ada je benda aku nak cakap. ahaha. Takpe lah, tulis lebih2 kang mau ada yang mengamuk. silap2, majalah Mast*ka saman aku. hahaha. 

Begitu lah kesudahannya, Keep The Music Alive :)

No comments: