Monday, April 18, 2011

10 CIRI YANG LELAKI CARI PADA PEREMPUAN

Hello para lelaki barua dan perempuan gedik. This time, a special post. Ramai sangat nak tahu kan apa ciri2 isteri idaman kan? Untuk si gedik-si gedik di luar sana, kalau rasa nak senang dapat suami, cuba2 lah guna apa yang ditulis kat sini. Mana lah tau menyangkut.


1. Okay first sekali, korang cecite ngan aku lah. Mana ada lelaki yang taknak pompuan lawa kan? Kalau ada yang kata macam tu, aku berani bet kerat jari la memang takde. BOHONG! Itu bak kata Ustaz Arab aku. So kepada perempuan2 kat luar sana, tolong ye. tolong lah pakai makeup tebal 5 inci lipstick bagai untuk mengejar impian sebagai idaman lelaki

Kalau macam ni punya lawa, siapa taknak? BOHONG!
2. Yang ni susah nak jumpa dalam kalangan pompuan sekarang. Tau ape? Pandai masak lah. zaman mak-mak kita dulu, they don't have those fast food sangat. bukan xde but not exposed. So they tend to cook their own food. kalau pompuan sekarang, cuba perhatikan conversation yang berjaya direkodkan di satu lokasi  rahsia ni. Perempuan A : Lapar lah, nak makan apa ni eh? Perempuan B : Tengok lah apa yang ada dalam peti ais tu, masak je lah. Perempuan A : Malas lah nak masak. Buat penat je. Perempuan B : Abis tu nak makan apa ni? Perempuan A : Ada McD baru bukak kat belakang Petronas tu kan? Jom laa. Perempuan B : Haa okay jugak tu. Masak belum tentu sedap. Ending dia? haa dua2 la pergi McD. So para wanita, belajar memasak lah kamu sebelum kawin.
Awek ni dah la lawa, pandai masak pulak tu. *Woot Woot!

3. Perempuan tu haruslah, diulang ye, HARUSLAH tak gedik, tak mengada, tak banyak songeh. Zaman sekarang, pompuan seperti yang aku tengok sana sini. penuh dengan kegedikan, kemengadaan, kepermintaan penyepakan dan ramai lagi. Aku tak faham kenapa perempuan ramai yang rasa macam gedik itu comel? adorable? sweet? Itu korang cakap, cuba tanya lelaki, apa kata diorang? GILA ANNOYING.

4. Next, setiap wanita yang mengidamkan diri diorang untuk jadi idaman lelaki. Bukan lah susah sangat. senang je tapi taktau lah ramai perempuan memang FAIL kalau bab ni. Bab apa? QUEEN CONTROL. Lelaki terutamanya aku memang anti gila ngan pompuan yang Queen Control. Nak - nak kalau lelaki yang jenis active, activities here and there. Then what do you expect? for your boyfriend to keep in contact with you all the time? nak texting 24/7? come on, we guys have a life to carry on too. Ini kalau nak buat apa pun x boleh focus, mata pandang lain, otak pikir lain, tangan tekan2 keypad phone. Silap2, belum kahwin dah gila dah lelaki malang tu -.-
Macam ni punya perempuan, Bouncer club pun takut

5. Lelaki cukup bosan kalau perempuan itu kerjanya mood swing, mood swing dan terus mood swing. weh jadi couple bukan nak tengok kerut dahi kau je. So kepada perempuan, kawal2 lah sikit perasaan marah tu. Jangan lah sebab benda kecik pun nak jadi isu besar sampai gaduh lama2. Untuk berjaya dalam bab ni, banyak2 kan duduk depan cermin and berlatih senyum. Orang kata selalu senyum lambat tua. yeke? haa itu yang kita tak tau.

6. Lelaki suka perempuan yang tak terlalu particular on something. Maksud aku, sesetengah perempuan asyik nak something tu perfect and well-planned. sebenarnya kebanyakan lelaki kalau boleh nak perempuan yang sempoi, simple dan relax. tak gopoh and selamba. Kalau korang perasan lah, kebanyakan cerita jiwang romantik pun babak romantik tu semua jadi sebab coincidence and buat dorang fall in love kan? so whats the use of being well planned kalau semua tu x membantu pun? Jadi ladies, remember, be simple and jangan particular sangat :)
7. Perempuan perlulah respect dengan lelaki. Memang dalam point no 6 tadi aku sebut pasal perempuan kena selamba, tapi jangan selamba sampai takde limit. sebagai contoh, zaman sekarang ni perempuan ngan lelaki dah mcm tak kesah sangat. selamba mencarut lah apa semua. maki2. Ada yang aku kenal yang macam ni. Okay dengan member2 memang it doesnt matter but when it comes to someone yang kita pnggil boyfriend, kalau boleh jangan aplikasikan benda yang sama. sebab friends are friends, lover is lover. kalau layan lover macam layan kawan, haa kau tunggu lah. tak lama nanti lover kau jadi kawan je lah dengan kau. 
gambar ni takde kaitan pun. saje je nak letak. comel kan? haha

8. Adalah penting bagi seseorang perempuan untuk hargai lelaki. Maksud hargai disini adalah jangan sia-siakan lelaki tu. dalam point ni termasuk lah jangan buat bodoh or kalau konon nak jual mahal sikit pun, jangan sampai lelaki tu malas nak beli dah and pergi cari jualan murah or dicount kat tempat lain. You got me? Kalau nak keluar date, pastikan korang on time and tepati masa. kalau korang lewat, lelaki commonly akan cakap "eh takpe, xkesah pun lah" tp dalam hati "siot punya perempuan, berjanggut aku tunggu aku baru sampai" sekali dua dimaafkan. kalau dah banyak kali tengok lah nanti, mesti ada alasan yang lelaki tu akan cari untuk tinggal korang. Masa tu tak payah nak sedih lah. takde guna dah. Haa padan muka kau.

9. Be moderate. bersederhana tu sangat penting di mata lelaki. sederhana kat sini dalam konteks perangai. kalau kau nak buat2 pemalu, konon macam gadis melayu terakhir, forget it. Memang pemalu tu nampak sopan and nampak baik, tapi kalau dah nak bercakap pun pandang lantai, suara pun x berapa nak dengar. macam mana relationship nak on? In the other hand, jangan pulak hyper active dengan lelaki. Cakap nak kuat je, bebel tak berhenti. paling tak tahan bila gelak, kuat tak agak. kira kalau lepak kedai makan, sekali buat lawak, kau gelak kuat melampau, orang semua pandang. Thats it, say goodbye.

10. Okay lastly, lelaki ni, sejahat mana pun dia, seteruk mana pun perangai dia, kalau boleh dia nak perempuan yang baik atau dalam erti kata lain, yang beriman. Beriman disini bukan lah maksudnya kau kena pakai tudung labuh, penutup muka, handsocks apa semua tu. Yang berpurdah pun ramai yang tak baik. Apa guna kau pakai purdah kalau just nak tutup kau punya teruk kan? well, nobody's perfect. Yang penting, kau kena tahu batas. itu je. Freehair tak freehair, kebanyakan lelaki tak kesah sebab itu semua boleh ubah satu hari nanti. lama2 pakai tudung jugak. tapi kalau perangai dalam diri? itu susah nak ubah, jadi ingatlah perempuan, korang buat lah perangai baik2. Sebab lelaki yang alim, selalunya cari perempuan yang alim dan baik. kalau lelaki yang tak alim, diorang perlukan perempuan yang boleh bimbing diorang atleast berubah sikit kearah kebaikan even x jadi alim pun. 
haa kan sejuk mata memandang. nama dia Siti Maria O

Okay, aku rasa mesti ada perempuan yang terasa dengan point2 kat atas ni. AKU PEDULI APA? korang pun tau apa yang aku tulis ni betul. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

3 comments:

Ieda Mazlan said...

siot, aku terasa dohhhhhh. Haha eh dalam banyak2 tu kann, aku tak perasan number lima betul kot :/

Ieda Mazlan said...

sorry salah, number tujuh, haha aku tak pernah terfikir pulak kann -.-

AimanRisham Is Not A Loser said...

haha tu lah silapnya. aku bukan apa, dah tengok sendiri yang kawan aku couple macam member. kasar2 semua. memang tak tahan lama :)