Sunday, April 24, 2011

Salahkah Takdir?

Dah naik bosan telinga aku dengar ayat "dah takdir, nak buat macam mana?" kauorang pernah dengar ayat macam ni? tak payah tipu lah nak kata kauorang tak pernah dengar. confirm pernah kan?

Orang yang salahkan takdir, orang yang bacul untuk terima kegagalan

Sebab tu kali ni aku nak tulis pasal benda ni. pada aku kebanyakan orang suka sangat salahkan takdir bila apa-apa jadi dalam hidup diaorang. kenapa diaorang salahkan takdir? oh ya, aku tau. takdir tu lah the last resort bagi siaorang untuk cover kesilapan sendiri. Ye tak? betul lah kann.

Ayat macam diatas sering kali kita dengar orang cakap apabila:

1. Dia dah tak ada excuse lain nak dibuat bila diaorang gagal dalam satu perkara.

2. Jenis manusia yang tak pernah nampak salah diri sendiri.

3. Diaorang rasa diaorang terlalu bagus untuk gagal dalam apa-apa benda sekalipun.

Okay kat sini aku nak tegaskan. Tak ada benda dalam dunia ni yang datang bergolek atau melayang. Tinggal nak tunggu kau sambut atau tangkap je. Kalau kau rasa semua benda ni automatically datang, go fuck yourself. You're not of any worth living in this world. Kasar? aku kasar ke? maybe. Tapi kalau kauorang tergolong dalam golongan menyalahkan takdir ni, kauorang lagi kasar dan kurang ajar.

Semua orang tau, takdir ni ketentuan Tuhan kan? Kauorang tak rasa ke kalau takdir tu disalahkan bila kauorang gagal, kauorang seolah2 menyalahkan Tuhan atas kegagalan kauorang? so kurang ajar tak kat sini? yes, no doubt kan? sedangkan manusia ni perlu usaha and percaya dengan diri sendiri. kalau dalam hati awal2 dah kata "hmm aku rasa dah takdir aku memang tak boleh buat benda ni". kiss goodbye, kauorang sampai mati tak berjaya. percaya lah cakap aku. 

Aku nak bagi contoh lah yang berkait dengan point aku kat atas ni. Seorang student tak kira sekolah rendah, menengah mahupun universiti sekalipun,kalau dah hari-hari kerja dia main game, melepak, tengok tv and tak pernah sikit pun ada initiative nak belajar and memandaikan kepala otak diaorang, kauorang rasa diaorang mampu excel dalam exam? kalau ikut logik, confirm lah tak boleh kecuali lah ada sebilangan pelajar genius yang hebat tak payah study pun boleh pandai. Dan tak lupa yang meniru. memang lah markah gempak. Okay, berbalik kepada yang tak study and dapat markah macam haram tadi, macam biasa, diaorang akan kata "tu lah, dah takdir aku memang tak boleh nak dapat result elok". Kalau aku jumpa orang cakap macam ni depan aku, memang aku nak maki.

kau nak buat apa pun boleh. tak ada siapa nak halang. so kenapa takdir jugak yang salah atas tindakan kau?

Kalau kau tau yang kau sakit darah tinggi, kau pergi mengada makan daging kambing banyak2. masuk hospital. salah siapa? nak kata takdir jugak yang buat kau pergi hospital? eh come on, apa guna research pasal penyakit dibuat kalau bukan untuk elak. Kalau dah terang2 terbukti daging kambing tu mmg booster untuk darah tinggi, sape suruh kau makan? sama jugak dengan kes kau sakit kencing manis, kau makan kuih manis, kau minum air gas hari2. memang kau cari nahas and ingat, jangan salahkan takdir. And lagi satu, kalau kau dah sedia maklum yang kau lemah jantung, sape suruh kau tengok final destination atau Saw? kau terkejut, sia-sia je lah kau hidup. dalam kubur kau tak boleh dah nak fikir takdir yang buat kau mati.

Okay jangan salah faham. memang aku tau setiap manusia dah ada buku perjalanan hidup sendiri yang diaturkan Allah sebelum lahir lagi. Tapi Allah tu Maha Pengasih and Penyayang. Takkan lah Allah saje2 nak kau sakit apa semua? sentiasa ada sebab. sebabnya siapa? kau sendiri lah. Tuhan tak takdirkan kau nak tengok cite ganas seram. Tuhan tak takdirkan kau main game tak berhenti and tak belajar. Tuhan tak takdirkan kau makan kambing banyak2. And Tuhan tak takdirkan kau selalu minum air gas. Jangan suka nak salahkan Tuhan. Your own fault, not God.

Sama jugak apa yang berlaku dalam dunia bola. Satu team tu memang kuat tak agak, while the other one underdog je. Tapi at last dalam match tu, yang underdog tu yang menang. What do you think? menang nasib? dah takdir team hebat tu kalah nak buat macam mana lagi kan? BULLSHIT. seriously nonsense. Team underdog maybe menang sebab diaorang main bagus untuk match hari tu. Atau mungkin team underdog memang disebabkan kesilapan yang dibuat oleh team hebat. see? tak ada benda yang berlaku automatically. Setiap yang terjadi tu ada sebab musabab tersendiri.

Kauorang percaya diri, buat yang terbaik. Kauorang menang

Jadi kauorang tolonglah. Ingatkan kawan2, saudara-mara, dan diri kauorang sendiri. menyalahkan takdir samalah macam kau mengakui kebodohan kau sendiri. Orang pun boleh nampak salah kau, kau tak nampak. yang kau nampak salah takdir. please, be realistic dude. takdir semuanya terjadi atas tindakan kau sendiri. Its you who paint your own life.kalau kau besar, kau jadi perangai teruk. kau buat macam2 dosa. kau nak kata macam mana? takkan nak kata "dah takdir aku jadi jahat. nak buat macam mana?" kalau macam ni lah ayat kau, baik kau pergi mati. Tuhan tak kan pernah sengaja menjadikan orang tu jahat. Setiap orang berpeluang masuk syurga. Takkan Tuhan takdirkan kau jadi jahat semata-mata nak kau masuk neraka? Tak logik langsung.

Sampai sini je lah aku nak tulis. Banyak2 tulis kalau kauorang taknak sedar tak guna jugak. Just nak ingatkan,
Stop the nonsense lah. kauorang kena buat yang terbaik dalam apa benda pun yang kauorang ceburi. baru hasil dia terbaik. jangan cepat menyalahkan takdir atas kepincangan yang kau bawak sendiri. yang mencorakkan hidup kau, tindakan kau sendiri. 




No comments: