Monday, June 27, 2011

NAK ENJOY BOLEH, TAPI.....

Tergerak pulak hati aku nak citer pasal ni. Pasal aku tengok budak2 sekarang ramai yang suka enjoy. aku pun suka enjoy. bukan budak2 je. orang tua pun enjoy. tapi ramai gak yang enjoy tak agak2. 

1. Kalau nak enjoy kat club, jangan pulak mabuk2. aku faham sesetengah orang kata, "aku pergi club nak enjoy music dia je, nak feeling dengar bass dia, bukan aku nak minum2 pun!". keras betul ayat si polan buatkan aku tersedak coca cola yang tinggal separuh tin. Haa bagus lah kalau kauorang pergi betul2 nk layan music je. walaupun aku tau kebanyakannya tak. Aku bukan nak pangkah budak2 clubbing tapi aku just pesan memesan. Asyik buat dosa je. sekali sekala buat pahala dakwah kan. (senyum mesra). Kalau rasa nak hisap dadah tu, jangan overdose, kang mati kat club, kubur berasap aku tak mampu tolong. 

2. Kalau nak enjoy dengan member tengah2 malam, aku nak ingatkan, pakai seatbelt. sebab uncle baju biru kereta putih suka sangat buat roadblock tengah malam. cari makan lah katakan. Dah banyak kali aku kena, selamat diaorang tengok muka aku ni innocent so diorang tak tahan. (senyum comel). kalau melepak tu, jangan sembang gelak kuat sangat. kang ada pakcik2 narrow minded yang datang sound tak pasal2. ini pengalaman. bukan ciptaan. and yang paling penting, kalau boleh, jangan usung pompuan tengah2 malam walaupun member. ini Malaysia bukan Hat Yai. Bukan Las Vegas. Malaysia banyak Jabatan agama. kang tak pasal2 kawin free. berkhalwat katanya. 

3.Kalau nak enjoy kat gig. berpada2. kalau nk mosh agak2. jangan sebab kau nak enjoy, terterajang orang, kau pulak kena nanti. Aku faham benda mcm ni tak boleh elak tapi atleast boleh kurangkan ye dok? and one more thing, jangan meraba di gig, kalau nak kena tapau boleh lah. kena tu awek orang, menjawab lah kau. kalau nak stagedive, pastikan ada orang sambut. jangan kau jatuh pecah kepala macam yang aku tengok sendiri depan mata kat gig baru2 ni. Ngeri memang bgeri. kesian memang kesian. tapi nak tolong tak mampu. aku geli sikit darah2 ni.

4. Kalau nak enjoy berblogging, jaga lah ayat. jangan sampai satu malaysia kutuk kau sebab post yang kau tulis. aku rasa contoh paling best aku nak cite pasal ni , ADINDA EVANS. aku rasa kauorang yang bloggers atau pembaca blog tegar mesti kenal nama ni kan? dia bukan artis, bukan anak menteri, bukan pemecah rekod dunia,bukan jugak johan paralimpik remaja. Tapi dia lebih famous dari orang lain sampai jadi trending kat google. itu yang aku kata, kalau kau dah tak dara, kau main 5 lawan 1 ke, apa2 pun takpayah nak kecoh kt blog. blog ni public. memang seronok ke kalau semua orang tau kau dah romen? And one more pasal sorang blogger budak negeri sembilan rasanya. post blog kutuk kelantan. and to make it worst, kutuk nik aziz.  mana tak mengamuk rakyat kelantan? and the result? she had to shut down her facebook account disebabkan ramai yang ugut dia. haa baru kau rasa?

5. Kalau nak enjoy main game tak kira lah kau main dota ke, Counter strike ke, HON ke, COD ke waima angry bird sekalipun, tengok2 lah jam weh. aku memang dah banyak kali ada pengalaman bab ni. kau sedar2 dah pukul 2,3 pagi. kelas pukul 8. memang tak pergi lah kan. ilmu tak dapat, apa pun tak boleh. sedar2 dah kena barred exam. fail terus. repeat next sem. memang seronok sebenarnya boleh dok lama2 kt tempat belajar tu. baru lah super duper senior nanti kau jadi. haha

Okay aku tau post kali ni sumpah tak menarik. aku saje je nk hilangkan ketandusan blog aku ni. hilang2 bosan. nanti lah kalau aku ada idea2 best, aku post lah. chow.

Tuesday, June 14, 2011

Survival Tips Untuk Golongan Pokai macam aku -.-

Sumpah lama nak mati aku tak update blog ni. Hari tu dah ye ye je buat entry nak kembali ke dunia blog lah apa lah. Apa boleh buat, Ayahanda (jangan saman eh) tersayang masuk hospital akibat Denggi. Dasar Nyamuk tak guna. Haih. tapi takpe, ayah aku sekarang dah keluar hospital and Alhamdulillah sihat walafiat dah sekarang.

This time aku sebenarnya macam biasa lah, tekan kat new post, baru pikir nak tulis pasal apa. kering idea aku ni. tu lah, mak suruh makan sayur, aku memberontak. so disebabkan aku kering idea, aku tulis simple and cute je lah kali ni. biar sikit, asalkan ada new post. ahaha.



Idea nak tulis pasal survival tips untuk golongan berekonomi rendah ni timbul apabila aku mengalami sindrom yang tak dapat diubati oleh doktor2 pakar mahupun pawang2 handal. kenapa? sebab ini sindrom yang dipanggil POKAI ataupun dalam bahasa penjajahnya SHORT OF BUCKS. kedengaran hebat kan? tapi realiti dia pedih woo. Untuk kauorang yang mengalami sindrom yang sama macam aku, ayuh kita tatapi sama2 apa tips2 yang aku nak tulis ni.

1. Paling utama, kepada yang suka makan banyak, cut-off makanan anda kepada yang lebih murah. Kalau biasa kauorang makan nasi kandar berlauk ayam berkuah kari kambing berserta sayur warna-warni, ada baiknya kauorang segera berhijrah kepada maggi goreng. untuk pagi, lupakan nasi lemak ayam berempah dan teh tarik suam2. berkenalanlah dengan karipap 3 singgit dan air mineral penuh khasiat tanpa gula. malam jangan makan terus. dengan ini, kauorang secara tak langsung akan mengamalkan peribahasa Melayum "sambil menyelam minum air". Watdehel yang aku kata amal peribahasa pulak? sebab kauorang ada chance untuk kurus sambil menjimatkan duit. tak payah lah nak hisap2 batu or bong yang dah tentunya membazirkan lagi duit kauorang. bijak tak? 

nasi lemak ayam berempah wehh

sedap kan nasi kandar?
                                     

Maggi Goreng cincai
karipap 3 singgit
                                         
2. Kauorang yang suka shopping barang2 branded. sekadar menyebut beberapa brand, macam Topman, Gap, Guess, Paul Smith, Ed Hardy (mahal gila babi ni), G2000. Aku rasa baik lah kauorang haramkan kaki kauorang jejak butik2 branded ni untuk sementara. Nanti duit PT or elaun sem dah keluar, haaa pergilah berjimba. Buat masa sekarang, cuba bermesra dengan jalan chow kit, masjid india, uptown Danau dan sebagainya. Kat sana, banyak je baju2 cantik, smart, dan branded walaupun semua lapisan masyarakat tak kira bangsa dan agama tahu barang2 kat situ tiruan kan? apa salahnya? kau pakai kasut Zara tiruan beli kat Danau RM 75 pun orang takkan tanya ori ke tak. Yang orang akan tanya, "weh, berapa RAT kau beli ni?". So kauorang boleh jugak nak berlagak kaya dengan menipu orang yang melontarkan pertanyaan dengan selamba itu. ataupun kauorang boleh jadi jujur sejujur-jujur manusia dengan mengatakan "mana ada RAT2, ini kasut tiruan je beli kat Danau kota. aku mana la mampu". Kauorang pilih lah nak jawab macam mana. itu bukan bidang kuasa aku. 

Pakaian lelaki hot
Pakaian awek2 hot
                                                                   

Tempat handbag awek2 hot yang pokai sikit
ini betul punya pokai. haha
                                   

                             
3. Kepada yang suka meronda dan berlagak mentang kauorang ada kereta dan motor, tak payah lah nak buat aktiviti tersebut buat masa ni sementara kauorang dalam keadaan ekonomi bak Somalia ni. Kenapa aku kata macam tu? sebab kauorang kena keluarduit minyak dan aku tau dan faham sangat keadaan ekonomi yang meleset seperti era 90-an tidak akan memampukan kauorang untuk membayar harga minyak hari2 yang semakin hari semakin mahal angkara si durjana yang memotong subsidi. Oops. Hihi. Apa kata kauorang naik LRT, monorail, STAR dan sebagainya.

Ni lah kalau dah desperate sangat minyak mahal
                                     
Banyak faedah sungguh kalau kauorang naik public transport. Antara yang menarik ialah, kauorang dapat jimat duit dan tenaga. tak payah isi minyak, tak payah drive atau riding. haa bijak kan? eh kejap, ada lagi. Dalam masa yang sama, kauorang boleh kurangkan jerebu kat KL ni. tak best lah jerebu. kesian orang yang naik bukit Ampang nak tengok kl city malam2 tapi tak nampak apa sebab jerebu. haih.

View Bukit Ampang malam2. lawa kan?
 Lagi satu, kauorang boleh jugak mencari jodoh atas public transport. kadang2 drama swasta ada menayangkan babak2 percintaan berputik atas bas dan lrt. so apa lagi, jom lah terpengaruh. kauorang yang naik ktm susah lah sikit sebab ada ladies coach kan. haha




4. Kepada yang ada pasangan, ini penting. kalau pasangan kauorang kaya dan banyak duit macam Mark Zuckerberg, kauorang kikis habis2. 

takde kredit? senang je
kalau takde kredit, suruh diaorang topupkan handphone kauorang. Jangan guna duit kauorang sendiri sebab itu akan menjejaskan lagi ekonomi kauorang yang memang dah sedia terjejas dah pun. Ugut lah sikit, kalau diaorang taknak topup, kauorang cari partner lain. haa itu kalau kauorang memang busuk hati dan tak berhati berperut laah. 

hantar je mesej macam ni kat partner kauorang
Kalau seandainya pasangan kauorang pun ekonomi meleset macam kauorang ataupun mungkin lebih lagi sampai tahap kauorang kena belanja dia makan nasi bujang setiap kali lunchtime, aku cadangkan kauorang break je lah dulu. sementara kumpul duit. dah ada duit kauorang sambung lah balik. haa kan senang tu. tapi kalau dalam masa break tu, partner kauorang jumpa partne baru yang kaya-raya berharta ataupun mungkin VVIP yang sukakan fresh legs, kauorang jangan lah cari aku. sebab aku takkan bertanggungjawab langsung atas kesedihan kauorang. And aku takkan tanggung saham dosa kalau kauorang frust and sedih sampai bunuh diri nanti. Harap maklum.

5. Last but not least. Kepada manusia yang berspesies campuran separuh manusia separuh naga yang sangat gemar mengeluarkan asap dari segala rongga yang termampu, kauorang yang paling kena ubah tapi kauorang yang paling seksa. haa kenapa? sebab kalau kauorang penyedut setia Dunhill, lupakan. begitu juga rokok yang seangkatan dengannya macam Marlboro, Mild Seven, Benson, Salem, Camel dan lain2 yang harganya RM 8.50 ke atas.
Lupakan

Lupakan
Lupakan
                                      
                                             

 Dalam ekonomi meleset ni, ini lah masanya kauorang nak berkenalan dengan rokok RM 3. Contohnya macam Luffman, Canyon, League, D&J, Zon King, Modeng, June dan banyak lagi. Kenapa aku kata seksa? sebab rokok RM 3 ni sangatlah palat rasanya dan sangat tidak best. tapi untuk kauorang yang merokok, pikir mana lagi penting, rokok ke duit kalau dalam keadaan takde duit ni? mesti lah duit kan? so, berjinak2lah dalam kancah penagihan rokok murah. 

sumpah tak sedap -.-
kalau nak rasa2 bunga cengkih dan bunyi pop-pop ketika menghisap rokok, belilah rokok surya.

Surya : Gurih dan Harum

 Untuk yang suka bersejuk-sejuk, boleh lah menjadi peminat setia nusantara hijau. haha. Sabar eh? nanti kauorang banyak duit, nak beli kilang Dunhill pun boleh. 

Haa ini je lah kot setakat ni yang aku boleh pikir. harap tips2 bernas yang aku berikan ni dapat membantu kauorang jadi insan yang banyak duit dan berupaya membantu mangsa2 gempa bumi di jepun dengan duit yang kauorang simpang tu. Dan aku nak tegaskan sangat kat sini, kalau kauorang rasa nak ekonomi kauorang maju and banyak duit untuk keperluan harian kauorang, usaha kena ada. and yang paling penting sekali, doa2 lah banyak2. Allah tu kan Maha Kaya, setakat nak bagi kekayaan kat kauorang, Kun Fayakun, maka jadilah.  Jadi, pandai2 lah kauorang pilih, Nak kaya ke nak miskin? nak senang ke nak susah? 

Good Luck


Chiowww Bebeh~

P/s: Bila lah elaun Sem nak masuk ni -.-

Tuesday, May 17, 2011

Sedikit Intro Tanda Kembalinya Aku Ke Dunia Blog

Assalamualaikum semua. dah berzaman jugak rasanya jari aku ni tak menaip apa2 kat blog ni. blog aku mcm berkubur. walaupun aku check stats still ada 19 view la hari ni even aku dah dekat sebulan tak post benda baru. banyak benda jadi yang buat aku asyik2 terhalang untuk menulis post baru.

since last post aku, aku asyik pikir bila aku nak tulis yang baru. kalau ikutkan, nak sangat. tapi ntah kenapa di akhir2 sem haritu, wifi uia buat hal or mungkin laptop aku yang buat hal. tak dapat nak receive signal dengan elok . tak apa, persetankan benda yang dah lepas. 

aku pikir, tak apa lah tak tulis blog, concentrate lah study kejap sebab exam dah dekat kan. selama ni aku tak study so atleast biarlah aku study sebelum exam ni. then aku pikir lah lepas exam ingat nak tulis blog. adik aku pulak admitted to hospital sebab slipdisk. since aku dah start cuti, so aku lah tukang jaga paling setia adik aku kat sana. 10 hari dia kat sana and aku bawak laptop dengan harapan nak tulis blog kat sana. tak boleh pulak wifi slow gila nak mati mcm pesakit nazak. haih. apa boleh buat. main game je lah gunanya laptop aku ni.

tapi sebab hari ni adika ku dah discahrge, insyaAllah kalau tak ada halangan aku akan start balik untuk tulis post2 baru. kepada kauorang yang selalu baca post aku setiap kali aku update, thanks a lot. aku hargai sangat even kauorang baca pun lepas aku promote. haha. tapi aku hargai. seriously. walaupun blog aku ni bukanlah ramai followers and post pun banyak stereotaip and common, tapi aku harap apa yang aku tulis semua ni sedikit sebanyak buat kauorang seronok membaca. 

and kat sini aku nak mengumumkan, AIMANRISHAM kembali ke dunia blog lagi. insyaAllah untuk bertahan. doakan tak ada aral lain yang melintang and menghalang aku lagi lepas ni. Amiin. sekian terima kasih. dan oh, post ni tak ada gambar sebab aku just nak bagitau ni je. Thanks everyone! :)

Wednesday, April 27, 2011

Peminta Sedekah Masjid India dengan Orang Kaya Damansara

First of all biasanya aku akan tulis post baru time tengahari ataupun petang. tapi hari ni aku tulis post pukul 12.40 malam. kenapa? sebab Wifi kat U aku ni macam gampang sedikit. ops silap cakap. bukan sikit. BANYAK.

Okay, masuk tajuk kali ni, pelik tak dengan tajuk yang aku letak? Mesti kauorang tak dapat agak apa yang aku nak mengarut kali ni kan? Okay, Peminta sedekah ni aku describekan sebagai orang miskin yang kerjanya duduk tepi jalan mengharapkan belas kasihan orang. Dalam masa yang sama, Orang kaya Damansara disebut sebagai orang kaya. Eh, kenapa Damansara? sebab bila sebut je Damansara, orang akan tahu, "Ohh, kawasan elit".






Aku tulis kali ni bukan nak memuliakan orang miskin. tak jugak nak mencaci orang kaya. aku berdiri kat tengah. pandang kiri miskin, pandang kanan kaya. apa motif aku nak tulis pasal ni? apa point aku? okay baca dulu.

Bila aku lalu sekitar Masjid India atau kaki lima Jalan2 kat KL, Selalu sangat aku jumpa golongan yang mintak sedekah macam ni. ada yang perfect. ada yang tak ada kaki, ada yang bisu, ada yang buta. kesian, sedih aku rasa bila tengok diaorang macam tu. dalam masa yang sama, bila aku tengok kat Curve, One Utama, Klcc dan lain2 tempat yang dikategorikan tempat orang ada duit, golongan kaya belanjakan duit diaorang macam duit itu tak ada nilai.

Peminta sedekah hidup melarat. bukan. SANGAT melarat. orang kaya hidup bermewah2. mungkinkah diaorang tak sedar wujudnya orang yang tak ada duit macam peminta sedekah ni? mungkin jugak. kenapa diaorang tak sedar? sebab diaorang shopping tempat mahal. mana pergi tempat murah macam Masjid India and Petaling Street. Aku terpanggil rasanya nak cerita tentang perbezaan orang miskin dengan orang kaya secara umumnya. Tak bermaksud semua yang miskin seperti yang aku tulis dan tak semestinya semua yang kaya seperti yang aku nyatakan. pandai2 letak kauorang dalam kategori yang mana dan classify kauorang sendiri macam mana.

1. Orang Miskin makan makanan 2 kali sehari. kadang2 ada yang makan 1 kali je sehari. Orang kaya makan teratur. ikut jadual makan. ada breakfast. ada lunch, ada tea-time, ada dinner, ada supper. 5 kali sehari. Apa yang orang miskin makan 2 kali sehari tu? mungkin ada nasi lemak yang harga RM 1.20 sebungkus, mungkin jugak roti buku yang tak ada perasa. mungkin jugak kuih muih 3 biji RM 1. Orang kaya makan apa? Breakfast dengan breakfast cereal, ada yang makan sandwic. lunch pulak makan nasi kandar, nasi beriani or maybe makanan western. Orang miskin makan tak tentu masa. Orang kaya makan kuih and minum teh pulak petang2. orang miskin tak pasti dapat makan malam atau tidak. tapi orang kaya dah ada plan nak pergi victoria station untuk dinner, kalau tak pun mungkin San Francisco Steak House. Orang miskin dah tak ada duit nak makan. orang kaya makan lewat malam pulak. ada yang makan nugget, scallops, hotdog dan macam2 lagi.


Peminta Sedekah dapat roti macam ni pun dah cukup


Peminta sedekah tak pernah terbayang nak makan macam ni

2. Orang minta sedekah tak ada banyak baju. mungkin ada 3, 4 pasang. pakai je lah apa yang ada. biarpun buruk. nak beli baru memang tak mampu. Orang kaya kadang2 ada satu bilik khas yang orang panggil Wardrobe Room. satu bilik khas untuk simpan baju. Orang miskin pakai je baju walaupun terkoyak ataupun berlubang. orang kaya kadang2 buang baju koyak dan berlubang. ada yang jadikan alas kaki. Setiap kali raya, peminta sedekah duduk termenung di rumah. oh bagi mereka mungkin rumah tapi bagi kita bawah jambatan. masih pakai baju buruk yang dipakai hari2. makan kuih raya murah yang orang sedekah. Orang kaya? bergembira di rumah besar, ada sofa, pakai baju melayu yang ditempah, dengan kain gred A. sambil makan ketupat, rendang, lemang and macam2 juadah raya.

Rumah Orang Kaya
  

Rumah Peminta Sedekah
                                                                   
3. Peminta sedekah setiap hari rutin sama. tepi jalan, tadah tangan. kadang2 pegang mangkuk. menunggu belas kasihan orang yang lalu lalang nak hulur duit walaupun seringgit. Orang kaya hidup sentiasa penuh perancangan. setiap cuti sekolah, bawak satu family anak-beranak pergi bercuti. Genting Highlands, Cameron. segala pulau yang cantik, sunway lagoon. kadang2 resort Bukit tinggi. Orang miskin tak pernah terfikir atau terlintas untuk pergi tempat2 macam tu. Pernah nampak Genting Highlands. sekadar nampak dari tepi jalan Kuala Lumpur waktu malam. 

4. Peminta sedekah selalu nampak orang yang lalu lalang bercakap sorang2 sambil pegang handphone kat telinga. tak pernah terlintas nak beli, kenapa? sebab tak pernah mampu.hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Orang kaya macam mana pulak? Guna handphone ikut peredaran masa. Blackberry , Iphone and macam2 lagi gadget canggih. setiap kali keluar versi baru, dah siap sedia tempah, sama ada kat celcom ataupun maxis. Ada yang beli Ipad sedangkan peminta sedekah tak pernah merasa guna touch screen. apa yang diaorang tahu, benda tu boleh untuk telefon orang.

Peminta Sedekah Tak Pernah Terfikir Nak Beli Benda Macam Ni.

5. Peminta sedekah selalu akan kekal peminta sedekah, nasib tak berubah. kenapa? pelajaran tak ada. kalau ada anak, tapi tak mampu nak hantar anak sekolah, nak buat macam mana? Orang kaya pelajaran diambil berat. Hantar anak sekolah bukan sekolah biasa malahan sekolah swasta. Yuran RM 3000 setahun. Orang kaya tak akan kisah dengan berapa duit yang perlu untuk pelajaran. Anak habis sekolah, ada yang hantar masuk kolej swasta, kolej mahal, Lim kok Wing, Taylors, Sunway College. ada yang hantar anak belajar oversea. Russia, Mesir, Ireland, United States, United Kingdom, India, Indonesia and macam2 negara lagi. Anak peminta sedekah? kekal di jalanan. sampai bila? sampai mati.


Nasib Anak2 Peminta Sedekah


6. Sedih and tersentuh hati bila tengok peminta sedekah duduk di jalanan sambil pangku anak kecik. yang pangku baby pun ada. tak kira dengan udara bandar yang kotor dengan asap kereta, lori dan motor. tak peduli dengan keadaan sejuk kalau malam. terpaksa biar anak kecik dan bayi tu terdedah dengan gigitan nyamuk. Anak kecik orang kaya macam mana? ditatang macam minyak yang penuh. tidur atas tilam empuk. dengan kelambu nak elak nyamuk. selimut selesa dan udara bersih dengan aircond. Peminta sedekah bukan tak sayang anak tapi tak mampu. terpaksa biarkan anak macam tu. Dalam hati seorang ibu atau bapa, siapa yang nak tengok anak terbiar and terdedah dengan bahaya macam tu? tak ada. 






Aku tak boleh nak cerita banyak2. aku sedih. Kauorang baca, Kauorang fikir. 

ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, April 26, 2011

Aku Sayang Manchester United!

Match yang memang best untuk ditengok. Man United terbaik

Macam biasa, bila ada game Man U, aku mesti nak tengok. Apa lagi bila game besar ni kan? Dari siang dalam kelas lagi aku dah ajak classmates fly pergi McD Ss14 malam tu, tapi semua macam banyak alasan. Habis kelas pukul 5. aku relax lagi. still duduk depan laptop melayan blog dan menulis post sebelum ni. Then pukul 10 lebih, aku mula calling balik member2 sekelas dengan harapan diaorang nak follow tapi semua macam taknak je. Aku mula rasa macam malas nak gerak sorang. gila apa, tengah2 malam buta nak fly sorang. dah la banyak anjing. oh aku memang fobia dengan anjing. haha. 

Aku cuba mintak Aimi nak tengok match malam tu dekat laptop dia online sebab dia ada Wifi internet laju. Dia macam tak pasti lagi and dia pun tak teringin sangat nak tengok memandangkan dia fans Chelsea. Dia kata "Tengok lah dulu". Aku macam tak sedap jugak bila tak pasti macam tu. Dalam pukul 11 lebih, aku terbca kat news feed fb aku, Manchester United FC Malaysia buat event dekat McD Ss 14, gathering ramai2 untuk support Man U. Aku dah mula rasa nak sangat pergi. And aku ajak Apek macam biasa lah sebab dalam bilik ni kitaorang dua je Man U fans.

Check baju2, ah sudah, jersi Man U aku dua2 aku tertinggal kat rumah sebab tak sempat basuh. yang merah aku tinggal. putih pun sama. geledah2 akhirnya aku jumpa plain shirt Giordano warna merah. Pun boleh. Pukul 1.40 pagi, panjat pagar tepi masjid and start berjalan ke Ss 14 nak gi McD. On the way, sembang2 pasal Man U and bincang berapa Man U nak menang malam ni. Alaa dah tau menang so bincang score je lah. hahaha

Sampai McD pukul 2.15. Cantik, meja banyak kosong lagi. aku dengan Apek ambik meja paling strategik. Oleh sebab aku kelaparan sebab last aku makan pun pukul 5 petang tadi, so aku pergi lah beli makan dulu. Double Cheese Burger McValue Meal aku pilih. memang kenyang. Terbaik lah McD. belakang kitaorang ada meja2 yang dah digabungkan jadi table panjang. and yang duduk kat situ semua berjersi merah (Yeahh!). Aku agak, ini mesti brader2 Man United FC ni. aku buat relax je dulu. start match, aku dah seronok, Man U main cantik sangat malam ni, seriously cantik.

First Half berjalan dengan menarik. menyaksikan punya banyak goal attempts Man United yang sentiasa tak masuk. kalau nak dikira, dah berpaa dah goal Man U masa first half tapi apa boleh buat. takde luck mungkin. Sampai hati aku cakap "Cilaka diaorang dah jampi tiang gol ke apa ni? Or mungkin goalkeeper tu amal ilmu hitam?" hahaha okay merepek. half time break, aku ambik kesempatan pergi refill air dan melayan Mild Seven Charcoal Filter yang setakat ni memang tak pernah menghampakan aku. Kauorang yang merokok, ini lah yang terbaik. Yang tak merokok, jangan lah sesekali cuba. 

Masuk second half, rentak sama macam first half tapi Schalke 04 aku tengok agak agresif. takut kalah ditempat sendiri, mungkin. Aku mula risau bila dah masuk 60 minit game tapi tak ada goal lagi. dalam hati aku, bagus jugak Schalke 04. Tapi aku percaya Red Devils mesti menang. Kebuntuan gol dipecahkan dengan goal Ryan Giggs yang pada aku sangat cantik dengan bola thru yang kemas. tinggal nak rembat masuk je. Itu minit ke 67". Punya sakit tekak aku jerit. Happy gila. Belum sempat aku nak redakan sakit tekak aku, Wayne Rooney pulak yang sumbat goal hasil assist Chicharito. Rooney memang terbaik. He's one of the best striker. Brader2 Man United FC mula menyanyikan lagu Wayne Rooney untuk celebrate goal tu. aku senyum, gembira. yes, aku gembira. sangat.

Dalam masa2 tu, Park Ji Sung, Chicharito, Rooney dikeluarkan and digantikan dengan Scholes, Nani dan Anderson. Rentak Man U mula relax. sedangkan Schalke desperate nak kejar goal. Beberapa kali aku tengok dah nak tambah goal lagi especially bila nani assist untuk Evra shoot tapi sikit lagi nak masuk Goal. tak apa lah. yang penting dah 2-0.

Match habis dengan keputusan 2-0. Semua dalam McD senyum, tepuk tangan and masing2 happy. Settle semua tu, masuk sesi bergambar. ramai2 fans Man U ambik gambar kenangan. Dalam pada tu, sorang brader Man United FC ajak kitaorang tengok final match EPL kat Milennium Square. InsyaAllah aku pergi. 



And itu lah conclusionnya, Man United kekal sebagai The best football team in the world. Biar ada yang mengeji, Man United memang terbaik. Lastly, MANCHESTER UNITED WILL FOREVER RULES FOOTBALL WORLD!

~GLORY-GLORY MAN UNITED~

5 Perkara Yang Buat Aku Menyampah Bila Bukak Blog Orang (Edisi MUNGKIN Bersambung)

Post yang aku rasa kali ni macam agak kurang ajar. sesetengah orang akan kata "eh kau sape nak judge blog orang? siap nak kata menyampah apa semua?". Tak kurang jugak akan ada yang mengomel "eleh kau sendiri pun baru start buat blog, dah pandai nak kecoh complaint pasal blog orang, dasar tak sedar diri". Okay apa2 pun kauorang nak cakap, mahupun kauorang fikir, aku kesah apa? ini blog aku. and macam biasa, aku tulis ni pun supaya kauorang tak terbuat benda2 yang boleh menimbulkan kemenyampahan maksima oleh pembaca blog kauorang. And oh ya, untuk aku jugak, sebab kadang2 mungkin ada yang aku terbuat orang menyampah dengan post aku. Diingatkan point2 kali ini tak boleh letak gambar sebab ini melibatkan blog orang. kalau aku letak, aku sebarkan aib orang. tak elok kan? :)

1. Benda paling annoying yang aku tak suka ialah bila bukak satu blog tu, tekan je right click nak bukak new tab, terus keluar box yang memaparkan tulisan seperti "jangan mengada nak copy lahh". ada jugak yang berbunyi "jangan curi idea saya!" . Ayat-ayat ni semua akan buat muka aku jadi macam ni =>  -___-
Eh come on lah. kau tu siapa sampai nak buat benda macam tu? kau rasa orang nak sangat ke tiru hasil tulisan kau yang macam haram tu? (sorry aku kurang ajar). Bila kau buat macam tu, pembaca akan mula rasa kau ni menggelabah and bajet kau bagus. and pembaca jugak akan rasa macam insulted sebab kena tuduh nak copycat semata2 sebab tekan right click. GILA.

2. Secondly, selalu tak kauorang jumpa blog yang post dia ada ayat macam ni "saya ada problem. problem ni buat saya sedih sangat2 rasa macam dah taktahan nak tanggung seksa sorang2. tapi korang tak payah tahu lah k?" Aku menyirap betul baca benda macam ni. kenapa? sebab aku tak faham apa masalah si tukang tulis tu nak cite kat orang yang dia ada problem then dia taknak bagitau problem tu apa seolah2 problem dia tu private gila. in case of privacy, tak payah lah kau nak canang kat blog yang kau tu ada problem. simpan sorang2 sudah la. kawan2 ada. boleh je share kan? Oh aku rasa aku tahu kenapa si tukang tulis ni buat macam ni. Diaorang nak semua orang macam curious and concern lah pasal dia. and dia jual mahal kononnya nak simpan derita sorang2. Go to hell.

3. Next, Jenis yang ada lagu tapi hidden player or tak ada pause button. Aku akui, aku sendiri pernah letak lagu kat blog aku masa aku baru2 bergelumang dalam arena blogging ni. tapi dah remove dah sekarang. member ramai kata menyemak, x boleh fokus and macam2 lagi kata2 sumpah seranah yang dilemparkan. haha. okay balik kepada point asal. apa kau ingat semua orang yang bukak blog kau nak dengar sangat ke lagu tu? kau kena faham, tak semua orang minat music yang sama. Memang kau boleh jawab "eh, blog aku so aku punya suka lah nak buat macam mana!". ehh memang lah itu blog kau. tapi kalau nak buat macam tu, baik kau buat untuk kau baca sorang. blog kau tak hidup kalau tak ada orang baca. macam kau bercakap sorang2. apa orang kata? gila kot. oh ya, Gila lah tu.

4.  Aku benci and sangat menyampah bila baca blog yang over sangat dengan kes percintaan. bukak2 blog, headline kau dah letak nama girlfriend or boyfriend kau. posts semua tak payah cakap lah kan. Eh macam kau sorang je ada couple dalam dunia ni kan? okay post pasal partner masing2 ni, aku akui kadang2 memang sweet. tapi kalau dah setiap post pun kau nak cerita pasal partner kau, in fact background blog kau pun gambar kau dengan partner kau, itu belum kira gambar2 yang menyemak kat tepi2 tu. Apa yang aku nak sampaikan, kau nak buat apa pun boleh dengan blog kau. asalkan jangan lah over sangat. Lain lah kalau kau memang tulis siap2 "blog ini ditulis khas untuk partner saya sahaja. orang lain tak payah baca" . Haa kan senang orang lain nak blah terus dari blog kau, tak payah sakit mata sakit hati baca post2 over kau? 

5. Yang ini confirm ramai yang tak suka jugak. Tau apa? Post yang ditaip guna bahasa W. bahasa apa? yeah you got it right, bahasa W (disebut Da-Be-Li-Yu). kenapa aku kata bahasa W? sejak bila wujud pulak bahasa W ni? haaa kauorang selalu jumpa kan perkataan2 yang elok2 sedap bahasa Melayu ditukartambah huruf W kat belakang? sebagai contoh : kita => KITEW. gila => GILEW. apa => APEW. Eh WHAT THE FUCK? kalau macam ni lah cara kauorang menulis, memang tak payah lah jadi orang melayu. buat malu bangsa je. bahasa apa kau pakai? kau bajet style ke pakai bahasa macam tu? sumpah geli, serious menyampah. baca ayat ni, kau orang geli tak? "Kitew rasew namoo lah jadi awex diew tuw, diew tu rempeyt lorrhh" sekali lagi, muka aku akan jadi macam ni =>  -____-

haaa. yunk niyy jeww aque boleyh letark pikcew


Itu je lah setakat ni aku rasa.Kalau ada lagi nanti aku sambung. Malas jugak aku nak cerita lebih2 kang ada yang panas dengan aku, kena maki pulak kan. haha . maki je lah. kisah apa aku? 

Sunday, April 24, 2011

Betul Ke Jalan Yang Kau Pilih?


Sebuah post yang aku rasa aku sendiri pun blank nak jawab kalau soalan pada tajuk kat atas ni diajukan kepada aku. Pernah tak kauorang rasa menyesal dengan apa yang kauorang dah pilih sebagai jalan hidup kauorang sekarang? pernah tak rasa nak balik ke zaman silam and ubah balik hala tuju arah kauorang? Sejujurnya aku sangat2 teringin. Banyak benda aku nak ubah, banyak benda aku nak perbetulkan, banyak benda yang aku tak buat, aku nak buat.

Macam post aku yang sebelum ni, hidup kita ni kita sendiri yang corakkan. apa yang jadi dalam hidup kita sekarang effect dari tindakan kita sebelum ni. setuju kan? Aku sekarang kat UIA. Ambik Law. tak pernah terfikir dalam otak aku yang aku nak ambik law. tapi kenapa aku ambik law? aku sendiri taktau. selalu aku terbayang and terfikir, kalau masa fill in borang UPU dulu aku tak select UIA, and Law course. apa jadi dengan hidup aku sekarang? more interesting? or maybe teruk?

Cita-cita aku dari kecik, nak masuk UM. Tak pernah pikir course apa yang aku nak yang penting aku nak masuk UM. Kenapa? Ntah. UM prestige kot? or maybe UM tu dekat dengan LRT. and UM tak ada curfew? heh fikiran budak2 biasa lah. aku bukan kata aku tak bersyukur dengan UIA tapi memang niat asal aku nak masuk UM. Even dalam UPU form aku letak UM first choice. Tapi tak dapat. sebab result SPM aku 5A sedangkan UM nak paling kurang 6A. Masa ni aku terfikir pulak, apa jadi kalau aku buat SPM aku serious dulu? macam mana life aku sekarang kalau aku tak salah format masa tulis karangan English SPM? And English aku jadi A? Boleh ke aku masuk UM? well everything happens for a reason. maybe rezeki aku kat sini. Lagipun UIA banyak ajar aku. berubah sikit2 walaupun aku tetap teruk.



Pernah tak kauorang baru jumpa dengan sesuatu, yang kauorang tetiba rasa minat gila? and suddenly kauorang fikir "kenapa aku tak jumpa benda ni dari dulu?". and at that time kauorang tak boleh patah balik and rasa menyesal sebab korang pursue jalan yang bukan jiwa kauorang tapi just ikut flow mana UPU bagi.
If only i could turn back time, jalan yang akan aku pilih mesti lebih kepada art. Yeah, law is a kind of art jugak. art of communication, art of negotiation and also art of debating. tapi art yang ini bukan jiwa aku. aku minat art yang jenis expressive.macam mana? aku suka tengok lukisan, aku suka dengar music, aku suka tengok gambar cantik. kauorang pernah rasa macam ni?

dari tadi aku tulis post ni pasal diri aku kan? wait, im not writing a post to tell everyone about myself. But im using myself as an example. kauorang aku agak mesti ada yang berfikrian macam aku sekarang ni kan?

APA BUKTI KAUORANG MINAT SATU BENDA TU SEDANGKAN KAU BARU JUMPA BENDA TU? 

Aku tadi kata aku minat music, paintings and photography. kalau cikgu aku zaman sekolah dulu baca, for sure tak percaya. kenapa? sebab pendidikan seni aku tak pernah lulus -.-
tapi seriously aku minat. yeah aku tak pandai melukis tapi aku minat lukisan. Aku tak pandai bermuzik tapi aku suka mendalami muzik. aku tak ada kamera tapi aku cuba hasilkan gambar terbaik dengan kamera sony ericsson 3.2 MP. 


NI ANTARA GAMBAR YANG AKU AMBIK GUNA CAMERA SONY ERICSSON 3.2 MP


kauorang sendiri macam mana? mesti ada yang alami benda macam aku kan? 

Next, pernah tak kau buat satu benda tapi tak pernah jadi? contoh kalau kau minat menulis. tulis novel tulis sajak,tulis skrip drama mahupun tulis komen facebook, tapi usaha kau tak pernah orang hargai? Beratus2 peraduan menulis kau masuk, dari sekolah rendah sampai dah habis sekolah and akil baligh, tak pernah sekalipun kau menang. tak payah cerita hadiah utama, saguhati pun tak dapat. Sedih? siapa tak sedih macam tu kan? tapi don't worry, kalau betul kau minat satu benda tu, carry on. kalau betul kau komited and rasa itu yang terbaik untuk kau, teruskan. jangan mudah rasa down just sebab usaha kau selama ni tak berjaya. Colonel Harland Sanders, pengasas KFC pun cuba banyak kali nak introduce recipe KFC and banyak kali gagal. Dia tak putus asa and tengok sekarang KFC is a well-known fast food restaurant all around the world. The same thing jadi dengan Coca-Cola. Kalau John Pemberton putus asa and stop usaha nak introduce Coca-cola, aku rasa tak kan ada air Coke tak kira tin, botol kecik atau botol besar kat kiosk and cafe Uia ni.

Jadi, sekali gagal, kau tak semestinya gagal selamanya. Ada kawan aku bagitahu, dia sedih tak dapat interview untuk course architecture. Aku tahu dia minat melukis. oh wait. bukan minat. SANGAT MINAT. Dari zaman sekolah aku selalu tengok dia melukis and no doubt, she got skills. memang dia pandai melukis. tapi dia tak dapat interview tu. and dia sedih. so aku tujukan kisah Harland Sanders dan John Pemberton tadi untuk dia. Rezeki ni sentiasa ada. kalau tak dapat kat sini, mungkin kat sana. tak dapat kali ni, there's always next time. Peluang untuk berjaya hanya akan tertutup bila kau mati. So jangan putus asa okay kawan? kau hebat. jangan risau. aku percayakan kau. aku doakan kau :)



Jangan sebab kau dah putus asa, kau rasa kau tak patut ambik apa yang kau minat tu. jangan satu hari nanti kau terfikir "kalau aku teruskan usaha and sabar sikit, mesti aku dah berjaya dengan apa yang aku minat". Masa tu dah tak guna kau nak fikir balik. Macam aku. sekarang aku ambik lawyer. sedangkan minat aku kearah art. apa aku nak buat since being a lawyer and photographer sangat jauh beza. tak ada kaitan langsung? I promised myself, i'll be successfull as a lawyer but at the same time i'll fulfill my interest too. Being a lwayer as a profession, a photographer as a side job. nothing wrong with that kan?

Apa-apa pun, tak ada guna menyesal dengan benda yang dah lepas. kepada semua yang baca and rasa kauorang dah tersilap mencorakkan hidup kauorang, be strong. Kau sentiasa boleh start benda yang kau minat. Belum terlambat. Be successful in what you've choosed but at the same time live your passion.

Sampai sini je lah. Fikirlah sendiri. And kepada kawan aku tu, stay strong. Kau akan dapat jugak peluang nanti. InsyaAllah :)





Salahkah Takdir?

Dah naik bosan telinga aku dengar ayat "dah takdir, nak buat macam mana?" kauorang pernah dengar ayat macam ni? tak payah tipu lah nak kata kauorang tak pernah dengar. confirm pernah kan?

Orang yang salahkan takdir, orang yang bacul untuk terima kegagalan

Sebab tu kali ni aku nak tulis pasal benda ni. pada aku kebanyakan orang suka sangat salahkan takdir bila apa-apa jadi dalam hidup diaorang. kenapa diaorang salahkan takdir? oh ya, aku tau. takdir tu lah the last resort bagi siaorang untuk cover kesilapan sendiri. Ye tak? betul lah kann.

Ayat macam diatas sering kali kita dengar orang cakap apabila:

1. Dia dah tak ada excuse lain nak dibuat bila diaorang gagal dalam satu perkara.

2. Jenis manusia yang tak pernah nampak salah diri sendiri.

3. Diaorang rasa diaorang terlalu bagus untuk gagal dalam apa-apa benda sekalipun.

Okay kat sini aku nak tegaskan. Tak ada benda dalam dunia ni yang datang bergolek atau melayang. Tinggal nak tunggu kau sambut atau tangkap je. Kalau kau rasa semua benda ni automatically datang, go fuck yourself. You're not of any worth living in this world. Kasar? aku kasar ke? maybe. Tapi kalau kauorang tergolong dalam golongan menyalahkan takdir ni, kauorang lagi kasar dan kurang ajar.

Semua orang tau, takdir ni ketentuan Tuhan kan? Kauorang tak rasa ke kalau takdir tu disalahkan bila kauorang gagal, kauorang seolah2 menyalahkan Tuhan atas kegagalan kauorang? so kurang ajar tak kat sini? yes, no doubt kan? sedangkan manusia ni perlu usaha and percaya dengan diri sendiri. kalau dalam hati awal2 dah kata "hmm aku rasa dah takdir aku memang tak boleh buat benda ni". kiss goodbye, kauorang sampai mati tak berjaya. percaya lah cakap aku. 

Aku nak bagi contoh lah yang berkait dengan point aku kat atas ni. Seorang student tak kira sekolah rendah, menengah mahupun universiti sekalipun,kalau dah hari-hari kerja dia main game, melepak, tengok tv and tak pernah sikit pun ada initiative nak belajar and memandaikan kepala otak diaorang, kauorang rasa diaorang mampu excel dalam exam? kalau ikut logik, confirm lah tak boleh kecuali lah ada sebilangan pelajar genius yang hebat tak payah study pun boleh pandai. Dan tak lupa yang meniru. memang lah markah gempak. Okay, berbalik kepada yang tak study and dapat markah macam haram tadi, macam biasa, diaorang akan kata "tu lah, dah takdir aku memang tak boleh nak dapat result elok". Kalau aku jumpa orang cakap macam ni depan aku, memang aku nak maki.

kau nak buat apa pun boleh. tak ada siapa nak halang. so kenapa takdir jugak yang salah atas tindakan kau?

Kalau kau tau yang kau sakit darah tinggi, kau pergi mengada makan daging kambing banyak2. masuk hospital. salah siapa? nak kata takdir jugak yang buat kau pergi hospital? eh come on, apa guna research pasal penyakit dibuat kalau bukan untuk elak. Kalau dah terang2 terbukti daging kambing tu mmg booster untuk darah tinggi, sape suruh kau makan? sama jugak dengan kes kau sakit kencing manis, kau makan kuih manis, kau minum air gas hari2. memang kau cari nahas and ingat, jangan salahkan takdir. And lagi satu, kalau kau dah sedia maklum yang kau lemah jantung, sape suruh kau tengok final destination atau Saw? kau terkejut, sia-sia je lah kau hidup. dalam kubur kau tak boleh dah nak fikir takdir yang buat kau mati.

Okay jangan salah faham. memang aku tau setiap manusia dah ada buku perjalanan hidup sendiri yang diaturkan Allah sebelum lahir lagi. Tapi Allah tu Maha Pengasih and Penyayang. Takkan lah Allah saje2 nak kau sakit apa semua? sentiasa ada sebab. sebabnya siapa? kau sendiri lah. Tuhan tak takdirkan kau nak tengok cite ganas seram. Tuhan tak takdirkan kau main game tak berhenti and tak belajar. Tuhan tak takdirkan kau makan kambing banyak2. And Tuhan tak takdirkan kau selalu minum air gas. Jangan suka nak salahkan Tuhan. Your own fault, not God.

Sama jugak apa yang berlaku dalam dunia bola. Satu team tu memang kuat tak agak, while the other one underdog je. Tapi at last dalam match tu, yang underdog tu yang menang. What do you think? menang nasib? dah takdir team hebat tu kalah nak buat macam mana lagi kan? BULLSHIT. seriously nonsense. Team underdog maybe menang sebab diaorang main bagus untuk match hari tu. Atau mungkin team underdog memang disebabkan kesilapan yang dibuat oleh team hebat. see? tak ada benda yang berlaku automatically. Setiap yang terjadi tu ada sebab musabab tersendiri.

Kauorang percaya diri, buat yang terbaik. Kauorang menang

Jadi kauorang tolonglah. Ingatkan kawan2, saudara-mara, dan diri kauorang sendiri. menyalahkan takdir samalah macam kau mengakui kebodohan kau sendiri. Orang pun boleh nampak salah kau, kau tak nampak. yang kau nampak salah takdir. please, be realistic dude. takdir semuanya terjadi atas tindakan kau sendiri. Its you who paint your own life.kalau kau besar, kau jadi perangai teruk. kau buat macam2 dosa. kau nak kata macam mana? takkan nak kata "dah takdir aku jadi jahat. nak buat macam mana?" kalau macam ni lah ayat kau, baik kau pergi mati. Tuhan tak kan pernah sengaja menjadikan orang tu jahat. Setiap orang berpeluang masuk syurga. Takkan Tuhan takdirkan kau jadi jahat semata-mata nak kau masuk neraka? Tak logik langsung.

Sampai sini je lah aku nak tulis. Banyak2 tulis kalau kauorang taknak sedar tak guna jugak. Just nak ingatkan,
Stop the nonsense lah. kauorang kena buat yang terbaik dalam apa benda pun yang kauorang ceburi. baru hasil dia terbaik. jangan cepat menyalahkan takdir atas kepincangan yang kau bawak sendiri. yang mencorakkan hidup kau, tindakan kau sendiri. 




Kesabaran dan Kemaafan. Kau Ada?



Hari ni aku post entry malam2 sebab aku tak bangun pagi, bangun tengahari terus keluar gi bookfair. tapi takpe, malam2 pun aku akan tetap post. kauorang yang nak baca, baca lah, xnak sudah :D

Aku rasa terpanggil nak bercakap pasal kesabaran dan kemaafan ni. Bukan apa, selalu aku tengok ramai orang asalnya rapat, pasal satu benda kecik lagi bodoh, diaorang dah putus kawan, jumpa depan2, sorang pandang kiri, sorang pandang kanan, tangan tak terangkat nak bersalam, lidah tak tergerak nak tanya khabar. bibir dah taknak senyum. apa semua ni? kawan2 patut kekal selamanya kawan2. perlu ke musuh2?

Makin dunia maju, makin manusia berpecah. kenapa aku cakap macam tu? ye lah, kau tengok lah zaman dulu, tak maju. tapi mak bapak kau ada kawan yang rapat. rasanya susah nak jumpa orang2 zaman makbapak kita yang bermusuh. standard lah mesti ada gaduh kan zaman2 dulu tapi gaduh tak pernah berpanjangan. last2 jadi kawan balik. Yang aku tak faham sekarang, kenapa zaman sekarang punya barua semua tak boleh jadi macam diaorang? kalau gaduh, mesti terus putus member. dah x kan kawan sampai bila2. dah putus satu silaturrahim. Tuhan tak suka kau tahu tak? 



Sabar ni penting sebenarnya. kalau tak ada sabar, benda kecik jadi besar, benda remeh jadi kecoh. benda bodoh jadi heboh. so kenapa budak zaman sekarang tak boleh nak sabar? tengok bola ramai2. separuh arsenal, separuh Chelsea. satu team menang, satu kalah. Supporter team kalah marah, bengang. Tambah pulak dengan tak ada kesabaran. so apa jadi? gaduh. BODOH. kenapa aku kata bodoh? sebab kalau kauorang sabar, takde lah gaduh. sekali gaduh, sekali bertumbuk, rasa macam dah tak ada chance nak baik balik kan? 

Kalau sabar sentiasa diamalkan memang aku rasa susah nak jumpa orang bergaduh. confirm. Tahu kenapa? sebab nya simple sangat. aku bagi contoh. petang2 orang balik kerja jalan jem. berderu2 orang potong ikut kiri. cuba mencelah. and macam2 lagi semata2 nak cepat sampai rumah. bayangkan kalau semua orang tak sabar, semua orang buat hal. bila terlanggar, semua orang bengang, semua orang bergaduh. tapi bayangkan pulak kalau diterbalikkan. Semua orang buat rilex, xde terlanggar, semua sampai rumah dengan selamat and tenang. see? sabar tu penting sebenarnya. 

Antara yang paling penting tak kira dalam apa perhubungan sekalipun. Samaada kawan dengan kawan, student dengan pendidik, anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri, boyfriend dengan girlfriend mahupun hubungan cinta sejenis. Dengan kemaafan lah silaturrahim yang putus antara kawan2 boleh sambung balik, ilmu yang hilang berkat bila pendidik kecik hati kembali direstui, couple yang dah clash baik balik, si tanggang dah jadi batu boleh cair balik, dan suami yang telah diceraikan pun rujuk balik dengan isteri. Kemaafan ni takkan jadi melainkan salah seorang berlembut hati and start mintak maaf dulu. Jadi kauorang kalau gaduh dengan member,boyfriend, suami, gay partner ke,cikgu ke, mak ayah ke, jangan lah segan2 nak mintak maaf kalau kauorang buat salah. 



renung2 kan balik. kauorang mesti ada kawan yang dulu rapat tapi sekarang dah tak kan?
mesti ada. macam orang cakap selalu, people come and go. Tapi kenapa kauorang tak ubah ayat tu?
dengan kemaafan dan kesabaran, kau orang boleh je buat ayat tu jadi people come and stay. kan? :)

Point aku kat sini, latih la diri kauorang jadi sabar and pemaaf. Macam aku sendiri, aku sebenarnya rasa tak layak nak cakap pasal benda2 ni sebab aku akui aku pun bukan lah penyabar sangat, and aku pun bukan seorang yang pemaaf sangat. in fact, aku pun ada kawan yang aku dah x contact langsung sebab masalah yang jadi antara aku dengan dia. tapi insyaAllah, aku akan contact balik dia. aku tulis ni pun bukan apa, sambil2 mengingatkan kauorang yang baca, dapat ingatkan diri aku sendiri. and kepada semua yang baca ni, and rasa aku ada buat salah dengan dia, aku mohon maaf.

Lastly, Ini untuk Kauorang:



ASSALAMUALAIKUM :)

Friday, April 22, 2011

Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta (Edisi Tajuk Jiwang Geli)



Ramai orang anggap, lelaki ni cool, selamba, tak kesah, and relax je kan? Tapi realitinya, tak rmai yang selamba macam tu. Banyak yang taktahu nak buat apa atau bertindak macam mana bila suka kat seorang perempuan ni. So kali ni aku rasa nak cerita kat kauorang yang bergelar perempuan. Lelaki nak baca pun boleh. And pikir kauorang ada buat benda2 ni tak?

Awal-awal, memang tak berani. Tak confident pulak tu.

1. Benda paling ketara yang kauorang akan nampak bila sorang laki ni suka kan perempuan tu ialah apabila dia menggelabah. Menggelabah yang dimaksudkan kat sini bukan menggelabah poyo yang sering digunapakai oleh budak2 sekarang. Tapi yang aku sebutkan ni menggelabah yang boleh dikata jugak sebagi panik, ataupun macam serba-salah nak buat apa2. Sebagai contoh, bila jumpa dengan pempuan yang disukai, lelaki ni mula lah, nak susun ayat nak bercakap, topik pun kena ada. cakap pun mcm gugup2. haa kalau korang perempuan and ada lelaki berkelakuan macam ni dengan kauorang, ada tanda lah tu.

2. Nak mintak No, tapi takut disalah anggap. Lelaki kalau dah minat seorang pempuan ni, tak kan lah dia taknak no budak pempuan tu kan? confirm nak punya lah. tapi dalam masa yang sama, dia tak tahu nak mintak macam mana. kalau mintak terang2 kang, obvious sangat dia suka pempuan tu, nak bagi reason, tak ada reason. Nak mintak kawan tolong ambik no, serba-salah nanti dikata stalker. so macam mana? dalam kes ni, ada jugak lelaki yang sanggup tunggu lama semata2 nak ada reason nak mintak no budak perempuan tu. Tapi sanggup ke tunggu lama? kang kena kebas sia2. haha

3. Bila dah dapat no, nak contact pun macam cuak. Haa yang ini memang selalu. Once lelaki tu dah dapat no pompuan tu, dia mula rasa tak tenang. Hati nak sangat anta msg ataupun call. tapi dalam masa yang sama otak menghalang takut perempuan tu sedar dia minat pempuan tu and terus jauhkan diri. Bagi lelaki ni, biar lah tak terus terang dari kena reject. Lagi pedih wehh.

Ayat Yang Sangat Susah Nak Diucap, Seriously
4. Bila dah mula msg dengan alasan yang dah dipikir berjam-jam, then masuk balasan ke-4, mula risau. takut banyak sangat message kang nampak sangat pulak macam terlalu nak message. Biasalah lelaki, ego memang ada, tak dinafikan. Tapi bila fikir balik lah kan, Kalau tak message selalu susah jugak relationship tu nak on kan?

5. Message delivered. *tunggu 10 minit, belum dapat reply." Aik? tadi 5 minit dah reply, kenapa pulak 10 minit belum reply? aduh, dah bosan ke message dengan aku? " Haa, ni antara yang bermain dalam fikiran lelaki bila situasi kat atas ni terjadi. Time ni mula rasa nak call. Tapi kalau call kang nampak macam over sangat. macam desperate sangat nak pempuan tu reply message. tak boleh jadi, jatuhlah saham nanti. Sabar je lah dulu.

6. Punya lama tak reply, akhirnya call jugak. Call pulak tak dijawab, oh shit. Masa ni lelaki akan mula menyesal. "adoi, asal aku ni semangat sangat gi call2? tengok dia x angkat, kan aku dah malu. nampak macam tak sabar tunggu dia reply je" automatik diorang akan rasa malu dengan budak perempuan tu apabila budak pompuan tu bagi message esoknya "awak, sorry semalam saya tertido lah"  -.-

Saat Yang Paling Menggembirakan Mungkin Bagi Lelaki :)

7. Lelaki kalau dah suka, memang dia akan banyak bergurau, buat lawak yang kononnya lawak dan sebagainya. kenapa? sebab konon nak tunjuk mesra, nak pompuan tu macam selesa dengan dia, nak perempuan tu terhibur dengan semua cerita kelakar and gurauan dia. Dengar-dengar, perempuan suka lelaki kelakar. ye ke? Ntah ler. Teman pun idoklah tau. Kome tau ke? Ce cite ce cite. hahaha.

8. Buat-buat concern. Haa ini memang perangai kebanyakan lelaki. Ini bukan gurauan, Ini kenyataan. Lelaki emamng terkenal dengan perangai tak ambik kesah, tak peduli pasal orang. Bukan lah jenis concern. Even nak jumpa lelaki yang concern dengan parents diorang pun susah. tak concern bukan maksud tak sayang. Lelaki yang baca jangan marah. Aku tak ada niat nak kutuk kauorang. Aku pun lelaki jugak. Tapi ni perangai lelaki yang budak pempuan boleh nampak dengan senang. Malam2 nak tido message ucap goodnight. message good morning walaupun bangun tido pukul 12 tengahari. sikit2 tanya "dah makan belum?" lepas tu mesti ada soalan "awak tengah buat apa ni?". Tak kurang jugak yang tanya "awak sihat tak hari ni ni?"
Itu belum lagi bila budak pempuan tu ada problem, memang jadi hero lah. Antara ayat2 kebiasaan yang diucapkan : "awak, awak jangan sedih k? hidup ni memang banyak dugaan". selalu jugak ada ayat ni: "awak jangan serabut2, saya ada temankan awak ni". Yang paling hero sekali: "Awak, kesedihan tak membantu. Hadirnya saya untuk menghapuskan kesedihan yang menyelubungi hidup awak" HAHAHAHA. Ayat sumpah tak boleh blah tapi ini realiti.

Ini happy ending :)
Cukup lah dulu. Tak boleh nak bongkar lebih2 nanti dah tak jadi rahsia lelaki pulak. Kepada perempuan, kalau lelaki yang anda kenal ada tunjuk sikap2 mcm ni, cuba2 lah balas perasaan dia. sebab yang ikhlas je akan jadi macam ni. kalau nak main2, dia takkan jadi sampai macam ni . Kepada lelaki pulak, cover sikit bai. haha

CIAOO~