Tuesday, April 19, 2011

5 Punca Gaduh Paling Popular Zaman Sekolah Dulu (Edisi Terkenang)



Zaman remaja mesti ada pengalaman gaduh kan. well tak lah semua orang pernah. tapi macam tak remaja lah tak gaduh. bila dikenang balik, Ni lah antara punca-punca gaduh paling famous :

1. Selalunya budak-budak gaduh pasal awek. Ko rebut awek aku, aku panas dengan kau, aku pukul kau, kau pukul aku, bawak geng apa semua. kalau dulu rasa macam benda besar je kan gaduh pasal awek. lama2 pikir, bodoh rupanya. haha. Tapi takpe, pengalaman mendewasakan kita kan?

2. Then golongan remaja suka sangat gaduh pasal lepak. Kalau dulu selalu lepak, but on several reasons, sorang ni dah x lepak. and x berapa peduli dengan gang2 dulu. Ini pun mencetuskan gaduh punya, tak tipu kau lah. Alasan gaduh? Ohh dia ni lupa kawan. aduhh, zaman remaja memang tak fikir kan. mana lah tau budak yang tak lepak tu dah nak berubah ke, ada hal lain lagi penting ke. 

3. Kalau main bola pun selalu gaduh. bukan match besar. Perlawanan liga sekolah antara kelas. tersiku sikit, terlutut sikit, terslide sikit even tertolak sikit pun boleh bawak gaduh. bila fikir2 balik kelakar jugak. haha tapi zaman tu rasa macam benda tu boleh jadi punca gaduh kan. haa kau tengok sekarang, dah besar baru pandai nak main okay2. tersiku, terlutut, terslide dan termacam2 lagi pun, tepuk bahu, angkat kening, senyummm. haa kan elok tu.

kalau sampai mcm ni punya gaduh bahaya jugak
4. Yang tak boleh lupa, zaman sekolah dulu banyak gaduh kalau kes usha2. pantang ada budak usha panas sikit. mula lah nak bengang. then maki2 tanya apa tak puas hati apa semua. eh pandang pun salah ke? haha. sumpah zaman dulu memang kelakar lah. Then mula lah cite kat member, aku tak puas hati dengan budak ni, apa2 hal, backup aku weh. hahaha. tapi zaman dah habis sekolah ni dah tak relevan dah kot benda macam tu . ada ke pandang2 boleh bawak gaduh? haha

5. Lastly, korang yang pernah jadi remaja mesti ingat lagi kalau ada budak baru masuk kat sekolah. then dia macam kerek2 sikit. confirm boleh jadi gaduh. Budak2 lama kat situ mula lah rasa tergugat. rasa budak baru nak ambik alih sekolah yang dorang pegang lah apa semua. semua nak bajet gangster kan? padahal pegang sekolah je pun. nanti kau dah habis sekolah kau tengok banyak lagi yang pegang kawasan lagi besar. So buat apa lah nak gaduh2 pasal benda kecik macam tu. apa salahnya kalau gi berbaik dengan budak baru tu. tak ke boleh jadi lagi kuat konon2 nak pegang sekolah tu? 

Ingat awek-awek tak leh gaduh ke? amik kau haha

haa ni lah dia 5 punca gaduh paling popular masa zaman sekolah dulu. ada lagi yang lain ke? maybe ada, aku tak pernah jumpa lagi kot. kalau ada, korang share2 lah eh. Ciaoww :)

2 comments:

Ieda Mazlan said...

haha asal blog kau dah semakin best. Thumbs up la weh :D

AimanRisham Is Not A Loser said...

hahaha inspirasi banyak ni. thanks morrison :D