Thursday, April 21, 2011

Tak Rugi Bersopan, Tak Mati Beradab

Selamat pagi lah kepada kauorang semua. Eh silap, dah tengahari. Alah biasalah hari Jumaat tak ada kelas so waktu tidur aku lama sikit. haha. Kawan aku, Khairi ada tanya tentang apa next topic yang aku nak tulis? aku masa tu memang taktau nak jawab sebab aku tak pernah rancang idea penulisan aku. Tapi aku rasa sekarang aku dah boleh jawab soalan dia tu sebab idea aku dah sampai akhirnya. hehe.

Okay untuk entry kali ni, aku rasa memang dah lama dah aku nak highlight pasal benda ni. pasal adab. pasal budaya Melayu yang kononnya sopan lagi santun. eh, tu dulu kan? sekarang masih beradabkah? masih bersopan ke? Itu yang kita tak tahu. Meh aku nak cerita.

Attitude changes everything. Betul kan?


Ini perkara yang melanda seorang kawan aku. kisah benar bukan canangan. Tak dinafikan kawan aku tu masih muda, perempuan, masih bergetah bak kata orang kebanyakan. Dan yang meninggal, opss yang tinggal di sebelah rumah dia juga Melayu tapi bertaraf makcik yang berumur pertengahan 40-an. Seringkali aku tak faham, kenapa makcik yang disebut tadi sangat tidak beradab. mungkin dia dengki? oh mungkin. tapi mana pergi adab dia kalau sampai tiap2 petang buat mesyuarat makcik2 mengumpat pasal kawan aku tu? weh come on lah, kauorang gelabah apa? kawan aku tak buat apa pun kat dia, dia dengan tak ada adabnya kutuk2 kawan aku. bukan setakat itu lah, siap dengan maki depan2 dengan macam2 point yang aku tak tahu mana dia cedok. Ini ke budaya orang Melayu yang kononnya terkenal dengan sikap lemah-lembut and sopan santun? I don't think so. Screw You.

Second thing, benda yang aku alami sendiri masa aku pergi Istana Budaya. Aku pergi semata2 nak hantar produk je. sebab ada produk ayah aku yang dijual sempena malam tribute UNTUKMU LOLOQ yang berlangsung kat Istana Budaya 3 hari 3 malam. Okay lepas hantar barang, aku cadang nak balik tapi ayah aku kata jom lah masuk dulu tengok persembahan. aku ikutkan saja. sampai kat gate nak masuk, seorang perempuan yang aku pasti sepenuhnya bahawa dia sebangsa dengan aku, dengan lenggok bahasa dan tudung, sah, MELAYU. Tapi aku terkilan dengan kata yang terkeluar dari mulut Melayu yang selama ni terkenal dengan adab sopan. 

"Encik, maaf ya. Encik pakai roundneck tshirt macam ni takboleh masuk. Siap pakai selipar jepun. Macam nak gi Chow Kit je? " 

Seriously, aku menyirap. sumpah menyirap sangat dengan si perempuan bertudung tapi tak melambangkan ciri2 tudung yang dipakai. memalukan. Dalam kes ni, aku akui, aku bersalah jugak sebab aku lupa Istana Budaya memang mengamalkan protokol yang agak ketat, harus lah formal. Tapi perlu ke sebut perkataan nak pergi chow kit tu? Hina sangat ke Chow Kit? dia lupa mungkin, zaman makbapak dia muda dulu, Chow Kit itu terkenal sampai Allayarham Sudirman buat lagu. Tapi biasalah, bagi dia mungkin aku selekeh, dasar orang jalanan nak masuk Istana Budaya, mana dapat? Aku cuma mampu cakap dalam hati "Oh ,Perempuan yang kerja Istana Budaya pun dah LUPA BUDAYA".

Okay, cukup lah cerita pasal aku. Aku tau kauorang pun taksuka nak baca pasal aku kan? haha. Masuk kisah seterusnya, pasal kawan aku jugak. satu malam aku keluar makan dengan dia. Then yeah, kawan aku ni memang ceria and periang. So kalau dia tergelak memang agak kuat lah. Alaa standard lah. kauorang macam tak pernah? Dipendekkan cerita, sementara tunggu makanan, kitorang sembang. Entah apa benda yang lawak, maybe aku lupa. Then kawan aku tu gelak agak kuat. Aku biarkan, aku tau dia memang happening sikit. well, dalam post dulu aku pernah cakap kawan baik adalah yang sudi terima walau macam mana pun kan? so aku terima dia macam tu. 

kalau rasa ada perangai macam yang aku tulis dalam blog ni, ubah2 lah okay?


Oleh kerana gelak dia yang kuat, ada sekumpulan anak muda yang aku yakin muktamad memang MELAYU.  
diorang duduk meja sebelah. bercampur lelaki perempuan. berbahasa macam Melayu Bangsat. faham maksud aku? Yang perempuan pun nak ikut berbahasa macam lelaki. kasar. dan tak perlu rasanya untuk aku nyatakan kat sini. Disaat kawan aku tu tergelak agak kuat, meja sebelah tak semena-mena diam. aku pun pelik, tapi tak sedap hati. Aku dah agak, tak sampai beberapa saat, budak meja sebelah regardless of boys and girls gelak macam orang gila. Aku pasti memang tak ada perkara kelakar pun yang terjadi dalam kalangan diorang. and aku yakin gelak diorang untuk menyindir kawan aku. weh hina ke gelak kuat? kenapa semua orang tak boleh nak jadi memahami? kenapa perlu nak sindir sampai macam tu? and kawan aku pun terasa sampai tak ada mood nak makan. Kalau betul lah kauorang Melayu, kenapa macam tu perangai kauorang? Even bangsa2 lain tak kurang ajar macam ni dengan bangsa Melayu. Hidup harmoni. Kenapa Melayu sendiri tak puas hati dengan sesama Melayu? BODOH.

Kat sini memang aku nak ekspreskan, jangan lah kau mudah menghina, menyindir dan mengata orang lain. And sebagai Melayu, aku rasa aku patut menegur kauorang yang rasa diri kauorang Melayu jugak tu untuk sama2 berubah. Bukan berubah parti politik. Itu hak kauorang lah. Maksud berubah yang aku cuba sampaikan sekarang ialah berubah kepada menjaga mulut kauorang. jaga mulut bukan sekadar gosok gigi, guna listerine, makan dentyne. tak cukup. kauorang kena jaga mulut and jaga adab. Sayang sangat kalau muka kauorang cantik perangai macam ni. Boleh jugak ibarat, cantik kat luar, berulat kat dalam. faham kan?

Aku rasa aku tak boleh nak tulis panjang2 dah sebab aku nak sembahyang jumaat. Oh, lupa nak bagitau, Adab2 jugak, Agama pun jangan lupa.Haha. Aku nak tiunggalkan kauorang dengan satu soalan untuk kauorang fikir, Kalau semua melayu dah hilang adab, so dah pupus lah Bangsa Melayu kan?


1 comment:

M EHSAN M TAMIMI said...

terbaikkkkk laaaaa.....hahaa