Wednesday, April 20, 2011

Kawan Baik Tu Macam Mana?


Oleh kerana hari ni rabu dan bermakna aku tak ada kelas petang, jadi aku rasa nak guna masa yang ada ni untuk update blog buruk ni. haha. Hari ni aku sebenarnya blank taktau nak tulis pasal apa. Tapi aku rasa macam teringin nak cakap pasal Friendship. pasal kawan baik ape semua lah.

Masa MUET hari tu pun, writing test pasal friendship. So aku nak tulis kat sini apa ciri-ciri seorang kawan yang baik. Korang baca2 ni tengok2 lah ada tak ciri ni kat korang.

1. Bagi aku kawan yang baik ni seorang yang sanggup tolong kita anytime anywhere. Bayangkan aa, kau nak gerak satu tempat yang agak jauh tengah2 malam buta sebab emergency ke apa, then dalam masa yang sama kau tak larat, or maybe penat and mengantuk. Bila kau roger kawan kau, dia sanggup follow gi jauh2 semata-mata nak teman kau. even dia ada exam esok pagi tu. Where the hell in the world kau nak jumpa kawan baik macam tu? Tapi aku pernah jumpa ini tak tipu punya hal. Keluar 11.30 malam balik pukul 4.30 pagi. Tapi member punya pasal, kawan aku tu follow jugak walaupun dia ada presentation pagi esoknya tu. So kalau korang ada kawan yang macam ni jugak, hargai lah dia. korang takkan menyesal.

2. Next, kawan yang baik adalah jenis kawan yang sentiasa ada untuk kau bila kau ada problem. Dia sentiasa dengar problem kau walaupun dia x leh nak tolong solve kan. Even kau ada problem tengah2 malam buta, dia  sanggup ajak kau keluar lepak warung and bagi kau cerita semua yang jadi problem kau. Kau ingat kalau kawan2 biasa yang tak rapat dengan kau nak buat macam tu? In your dreams dude. 

3. Tak berkira. Kawan macam ni sangat susah nak cari. memang sangat susah. even aku sendiri pun akui, aku kadang2 berkira jugak. tapi jangan terkejut, memang ada kawan yang x pernah berkira. aku dah pernah jumpa sendiri kawan yang macam ni. Kau dah lapar tengah2 malam taktau nak buat apa. Kalau boleh nak keropok ke air gas botol besar ke kan, mana kau nak cari kawan yang sanggup bawak keluar duit tabung syiling dia. Bagi lambak atas meja, kira2 cukup RM 10, Haa pegi lah beli apa2 pun. Korang ada jumpa kawan macam ni? kalau ada, jangan take advantage pulak.
4. Kawan yang concern dengan hidup kau. Ini bukan tergolong dalam kategori busybody or jaga tepi kain orang tapi dia alert dengan hidup kau. Kalau kau tak ada duit and kau x cite. pegi cafe, makan pun makanan murah nasi lauk sikit dengan air kosng. dia nampak, dia x cite banyak dia akan terus hulur duit belanja kau. Sama juga dengan kelas. Dia selalu nampak kau gi kelas time2 tertentu ni. Then satu hari tu kau tertido and x bangun nak gi kelas. Dia susah payah gerak kau semata2 xnak kau ponteng kelas and terlepas belajar. Kalau kawan yang tak baik, dia buat bodoh je. Hidup kau, hidup kau lah. Hidup aku pandai2 lah aku jaga sendiri.

5. Yang susah nak cari, kawan yang sedaya upaya cuba adapt dengan kau semata2 nak jaga hati kau. contoh kalau kau minat music indie, dia layan hardcore. kau ajak dia gi gig indie, dia follow je padahal dalam hati dia x suka langsung lagu2 yang kau suka. tapi demi member, dia pegi jugak eventhough dia x layan pun masa gig tu. satu lagi contoh, kau suka makan kfc, dia suka mcD. Tapi kalau kau ajak gi kfc, dia ikut je padahal dia dah planning nak makan Big Mac. kau fikir balik kalau kau sendiri kau sanggup ke nak gi makan benda yang kau x minat sedangkan chance nak makan benda yang kau nak tu ada je. mesti kau penting diri kan? So kalau korang ada kawan yang jenis macam ni, belajar lah give and take. Sekali sekala ubah selera tak salah kan? :)


6. Kawan yang sentiasa tegur kau secara berhemah kalau ada benda tak kena. Kau mesti pernah kena tegur kan dengan member kau? People make mistake. standard lah. tapi kawan yang tak reti jaga hati member akan selamba je tegur member dia dengan tak berlapik. sebagai contoh, kau baca perbualan ni:

A: "Eh tak pernah aku tengok kau pakai baju ni pun?"
B: "Aku baru je beli baju ni semalam. rasa macam cantik je, tu aku beli"
A: "Eh kau ni. macam ni kau kata cantik? takde taste langsung, buruk gila"
B: "ohh okay..." (dalam hati sedih bila member kata macam tu)

Kalau korang kena pun kau mesti sedih kan?
Apa lah salahnya kalau perbualan tu jadi macam ni:

A: "Eh baju baru ke? Tak pernah nampak kau pakai?"
B: "Oh baju ni aku baru beli semalam je, rasa macam cantik, tu aku beli tu"
A: Okay jugak baju kau ni. Tapi aku rasa kau akan lagi cantik kalau kau pakai baju style lain sikit"
B: "Ye ke? tak tahu pulak aku. nanti kau tolong advise aku eh?"
A: Mesti lah, aku kan kawan kau. nanti aku teman kau shopping eh"

Haa kan ke tak sakit hati member kau kalau kau layan macam tu? So ingat2 lah korang, jaga hati member korang. tak salah menegur, tapi lapik2 lah sikit.

7. Kawan yang tak ambik hati dengan apa yang kau cakapkan atau guraukan. selalu sangat dah aku tengok orang gurau dengan member yang kadang2 boleh masuk kategori gurau kasar lah jugak. sebagai contoh, kalau kawan tu big-sized sikit, tetiba member jumpa, jerit "weh gemuk!". depan public. memang kasar kan? apa pulak perasaan kawan tu bila kena hina macam tu depan orang? Kawan yang tak ambik kesah memang payah la kau nak jumpa. kalau orang kelantan panggil gurau macam ni "Gurau Wak Yoh" atau dalam BM gurau kasar lah. So kalau koranga ada kawan penyabar macam ni, jangan lah gurau kasar lebih2 sangat. sebab sabar setiap orang ada batas. Mulut kena jaga, baru hati suka. 

Aku rasa ni je lah kot. kalau aku terfikir yang lain nanti aku update lagi. Kau orang yang dah baca ni renung2 kan lah, ada tak sifat2 macam ni dalam diri kau orang? or ada tak sifat2 ni dalam diri kawan kau orang? 

Ini salah seorang kawan baik aku. Antara yang terbaik, NURUL HUDA :

walaupun aku buncit dan tak handsome, dia tetap nak kawan dengan aku. Itulah erti bestfriend :)

CHOWW :)