Tuesday, June 14, 2011

Survival Tips Untuk Golongan Pokai macam aku -.-

Sumpah lama nak mati aku tak update blog ni. Hari tu dah ye ye je buat entry nak kembali ke dunia blog lah apa lah. Apa boleh buat, Ayahanda (jangan saman eh) tersayang masuk hospital akibat Denggi. Dasar Nyamuk tak guna. Haih. tapi takpe, ayah aku sekarang dah keluar hospital and Alhamdulillah sihat walafiat dah sekarang.

This time aku sebenarnya macam biasa lah, tekan kat new post, baru pikir nak tulis pasal apa. kering idea aku ni. tu lah, mak suruh makan sayur, aku memberontak. so disebabkan aku kering idea, aku tulis simple and cute je lah kali ni. biar sikit, asalkan ada new post. ahaha.



Idea nak tulis pasal survival tips untuk golongan berekonomi rendah ni timbul apabila aku mengalami sindrom yang tak dapat diubati oleh doktor2 pakar mahupun pawang2 handal. kenapa? sebab ini sindrom yang dipanggil POKAI ataupun dalam bahasa penjajahnya SHORT OF BUCKS. kedengaran hebat kan? tapi realiti dia pedih woo. Untuk kauorang yang mengalami sindrom yang sama macam aku, ayuh kita tatapi sama2 apa tips2 yang aku nak tulis ni.

1. Paling utama, kepada yang suka makan banyak, cut-off makanan anda kepada yang lebih murah. Kalau biasa kauorang makan nasi kandar berlauk ayam berkuah kari kambing berserta sayur warna-warni, ada baiknya kauorang segera berhijrah kepada maggi goreng. untuk pagi, lupakan nasi lemak ayam berempah dan teh tarik suam2. berkenalanlah dengan karipap 3 singgit dan air mineral penuh khasiat tanpa gula. malam jangan makan terus. dengan ini, kauorang secara tak langsung akan mengamalkan peribahasa Melayum "sambil menyelam minum air". Watdehel yang aku kata amal peribahasa pulak? sebab kauorang ada chance untuk kurus sambil menjimatkan duit. tak payah lah nak hisap2 batu or bong yang dah tentunya membazirkan lagi duit kauorang. bijak tak? 

nasi lemak ayam berempah wehh

sedap kan nasi kandar?
                                     

Maggi Goreng cincai
karipap 3 singgit
                                         
2. Kauorang yang suka shopping barang2 branded. sekadar menyebut beberapa brand, macam Topman, Gap, Guess, Paul Smith, Ed Hardy (mahal gila babi ni), G2000. Aku rasa baik lah kauorang haramkan kaki kauorang jejak butik2 branded ni untuk sementara. Nanti duit PT or elaun sem dah keluar, haaa pergilah berjimba. Buat masa sekarang, cuba bermesra dengan jalan chow kit, masjid india, uptown Danau dan sebagainya. Kat sana, banyak je baju2 cantik, smart, dan branded walaupun semua lapisan masyarakat tak kira bangsa dan agama tahu barang2 kat situ tiruan kan? apa salahnya? kau pakai kasut Zara tiruan beli kat Danau RM 75 pun orang takkan tanya ori ke tak. Yang orang akan tanya, "weh, berapa RAT kau beli ni?". So kauorang boleh jugak nak berlagak kaya dengan menipu orang yang melontarkan pertanyaan dengan selamba itu. ataupun kauorang boleh jadi jujur sejujur-jujur manusia dengan mengatakan "mana ada RAT2, ini kasut tiruan je beli kat Danau kota. aku mana la mampu". Kauorang pilih lah nak jawab macam mana. itu bukan bidang kuasa aku. 

Pakaian lelaki hot
Pakaian awek2 hot
                                                                   

Tempat handbag awek2 hot yang pokai sikit
ini betul punya pokai. haha
                                   

                             
3. Kepada yang suka meronda dan berlagak mentang kauorang ada kereta dan motor, tak payah lah nak buat aktiviti tersebut buat masa ni sementara kauorang dalam keadaan ekonomi bak Somalia ni. Kenapa aku kata macam tu? sebab kauorang kena keluarduit minyak dan aku tau dan faham sangat keadaan ekonomi yang meleset seperti era 90-an tidak akan memampukan kauorang untuk membayar harga minyak hari2 yang semakin hari semakin mahal angkara si durjana yang memotong subsidi. Oops. Hihi. Apa kata kauorang naik LRT, monorail, STAR dan sebagainya.

Ni lah kalau dah desperate sangat minyak mahal
                                     
Banyak faedah sungguh kalau kauorang naik public transport. Antara yang menarik ialah, kauorang dapat jimat duit dan tenaga. tak payah isi minyak, tak payah drive atau riding. haa bijak kan? eh kejap, ada lagi. Dalam masa yang sama, kauorang boleh kurangkan jerebu kat KL ni. tak best lah jerebu. kesian orang yang naik bukit Ampang nak tengok kl city malam2 tapi tak nampak apa sebab jerebu. haih.

View Bukit Ampang malam2. lawa kan?
 Lagi satu, kauorang boleh jugak mencari jodoh atas public transport. kadang2 drama swasta ada menayangkan babak2 percintaan berputik atas bas dan lrt. so apa lagi, jom lah terpengaruh. kauorang yang naik ktm susah lah sikit sebab ada ladies coach kan. haha




4. Kepada yang ada pasangan, ini penting. kalau pasangan kauorang kaya dan banyak duit macam Mark Zuckerberg, kauorang kikis habis2. 

takde kredit? senang je
kalau takde kredit, suruh diaorang topupkan handphone kauorang. Jangan guna duit kauorang sendiri sebab itu akan menjejaskan lagi ekonomi kauorang yang memang dah sedia terjejas dah pun. Ugut lah sikit, kalau diaorang taknak topup, kauorang cari partner lain. haa itu kalau kauorang memang busuk hati dan tak berhati berperut laah. 

hantar je mesej macam ni kat partner kauorang
Kalau seandainya pasangan kauorang pun ekonomi meleset macam kauorang ataupun mungkin lebih lagi sampai tahap kauorang kena belanja dia makan nasi bujang setiap kali lunchtime, aku cadangkan kauorang break je lah dulu. sementara kumpul duit. dah ada duit kauorang sambung lah balik. haa kan senang tu. tapi kalau dalam masa break tu, partner kauorang jumpa partne baru yang kaya-raya berharta ataupun mungkin VVIP yang sukakan fresh legs, kauorang jangan lah cari aku. sebab aku takkan bertanggungjawab langsung atas kesedihan kauorang. And aku takkan tanggung saham dosa kalau kauorang frust and sedih sampai bunuh diri nanti. Harap maklum.

5. Last but not least. Kepada manusia yang berspesies campuran separuh manusia separuh naga yang sangat gemar mengeluarkan asap dari segala rongga yang termampu, kauorang yang paling kena ubah tapi kauorang yang paling seksa. haa kenapa? sebab kalau kauorang penyedut setia Dunhill, lupakan. begitu juga rokok yang seangkatan dengannya macam Marlboro, Mild Seven, Benson, Salem, Camel dan lain2 yang harganya RM 8.50 ke atas.
Lupakan

Lupakan
Lupakan
                                      
                                             

 Dalam ekonomi meleset ni, ini lah masanya kauorang nak berkenalan dengan rokok RM 3. Contohnya macam Luffman, Canyon, League, D&J, Zon King, Modeng, June dan banyak lagi. Kenapa aku kata seksa? sebab rokok RM 3 ni sangatlah palat rasanya dan sangat tidak best. tapi untuk kauorang yang merokok, pikir mana lagi penting, rokok ke duit kalau dalam keadaan takde duit ni? mesti lah duit kan? so, berjinak2lah dalam kancah penagihan rokok murah. 

sumpah tak sedap -.-
kalau nak rasa2 bunga cengkih dan bunyi pop-pop ketika menghisap rokok, belilah rokok surya.

Surya : Gurih dan Harum

 Untuk yang suka bersejuk-sejuk, boleh lah menjadi peminat setia nusantara hijau. haha. Sabar eh? nanti kauorang banyak duit, nak beli kilang Dunhill pun boleh. 

Haa ini je lah kot setakat ni yang aku boleh pikir. harap tips2 bernas yang aku berikan ni dapat membantu kauorang jadi insan yang banyak duit dan berupaya membantu mangsa2 gempa bumi di jepun dengan duit yang kauorang simpang tu. Dan aku nak tegaskan sangat kat sini, kalau kauorang rasa nak ekonomi kauorang maju and banyak duit untuk keperluan harian kauorang, usaha kena ada. and yang paling penting sekali, doa2 lah banyak2. Allah tu kan Maha Kaya, setakat nak bagi kekayaan kat kauorang, Kun Fayakun, maka jadilah.  Jadi, pandai2 lah kauorang pilih, Nak kaya ke nak miskin? nak senang ke nak susah? 

Good Luck


Chiowww Bebeh~

P/s: Bila lah elaun Sem nak masuk ni -.-

No comments: