Monday, February 21, 2011

Oh Shit, Ada exam lahh ┌П┐(x_x)┌П┐

Haih, kenapa la wujudnya exam dalam dunia ni haa? ape dengan kehebatan seseorang tu jawab exam, dapat semua betul, dah confirm2 eh dia tu boleh survive hebat dalam real life? -.-

Kalau nak dilihat balik lah. kebanyakan budak2 yang exam hebat, padu, mantap, cemerlang, gemilang, terbilang ni kebanyakannya end up jadi apa? kerja under orang jugak. it lah realitinya kan.

Baru2 ni laaa, aku baca kat front page utusan malaysia, senarai 10 orang terkaya Malaysia. aku tak rasa Robert kuok yang paling kaya Malaysia tu belajar tinggi2 kan? Syed Mokhtar Al-Bukhary, satu2 nya Melayu dalam list tu, belajar sampai spm je. Tengok pulak Bill Gates, dulu kat sekolah masuk kategori student lembab. haaa pastu kita tengok Albert Einstein, orang paling pandai kat dunia (konon laa), ada dia masuk kategori orang kaya? LANGSUNG TAK.

Aku bukan apa, meluap2 kebengangan aku ni. Serabut bila pikir exam. cuak, risau, semua ada.  Haih, dugaan2.
So esok, setelah satu sem aku belajar tak belajar, ponteng tak ponteng, malas x malas, esok lah hari penentuan. haha siod mcm grand sangat. Mempersembahkan, Introduction To Islamic Law.
 -.-

selamat la aku dah dapat tau apa yang masuk esok. just nak kena revise je lah. hari ni ari isnin. biasanya ari isnin macam ni aku happy, heaven, bahagia, seronok tak terhingga. Tapi ohcelaka.com, esok exam. -.-
dalam saat2 genting mcm ni, aku masih selamba menulis blog, memaki exam dengan seronoknya. and aku tak sedar yang exam esok tu dah ready dah nak maki aku. hahaha.

masih lagi mengadap laptop, meniarap atas tilam tanpa aku ketahui mana pegi dah notes aku. tapi takpe, berbekalkan semangat yang masih tersisa, akan ku renang lautan yang berapi demi exam (korang yang baca semua tau aku tipu kann )  
-.-

okay aku rasa dah cukup la aku melalut untuk kali ni. Dah tiba masanya, FOKUS AIMAN, FOKUS!  :D
ok lah, kunci keter dah dipegang, kejap lagi nak mulakan journey to the hell. ops, UIA lah weii, heaven. haha.
Memandu kereta James Bond sekali lagi, Nissan Sunny Tahun 93 yang setia menemani aku. okay kereta, i sayang you, jangan buat hal eh. muah3. haha

Ok lah rasanya ini lah penutup post kali ni. Kepada semua yang baca blog ni, and NURUL AZYRA, budak kecik yang dah besar, doakan aiman ehh. wish me luck. dah taktau lah nak cakap mcm mana dah pasal exam ni. cuak ada, risau pun ada. Tapi takpe, aku kuat lahhhh. minda dan jiwa aku boleh tahan lagi, insyaAllah.

SELAMAT TINGGAL SEM 2, HELLO EXAM! :D

*Ya Allah, berkatilah aku dalam menjawab soalan Final Exam ini Ya Allah segala usaha akan aku tumpukan, akan aku lakukan sebaik mungkin dengan ilham darimu Ya Allah, dan hanya tawakalku kepadamu agar aku mendapat keputusan yang baik. Aminnnn  :)

No comments: