Friday, February 18, 2011

Melawat Uia PJ And Belajar Masak Burger Bersama Chef2 Oblong :D

  

Ok  semalam, 18/2/2011. pagi2 lagi abah dah gerak aku, "mann, bangun2. makan ngan abah jom, abah nak gi dah ni".  Aku dengan tahap kemalasan muktamad menggagahkan diri jugak nk bukak mata ni. oke, basuh2 muka, gosok2 gigi. wahh segarnya pagii ni! (segar la sangat -.-)

          Duduk kat meja makan, mengadap la depan nasi goreng masakan Indon Asli (bibik aku masak daaa)
          Dalam kemalasan melampau, aku makan la jugakk, jaga hati abah aku yang ajak aku makan. selesai 
          agenda makan-memakan, aku ingat boleh sambung membutee, tapi oh tidak! abah pun berkata 
          "man, jom gi teman abah jap. nak gi jumpa umi sebelum abah nak g ni" Dengan nada kemalasan yang 
          melampau lagi sekali aku gagahkan diri (-.-) pergi lah ke sekolah batu arang jumpa umi. okay dah
          settle2 semua, abah pun nak berangkat lah sudah bersama kawan baik beliau, Mr Wang Shin Chuan
         (entah betul ke tak aku eja nama org tua ni). Menuju KLIA, naik Flight ke Shenzhen,China. Ok leklok 
          abah, semoga selamat pergi and balikk.. Amiinnnn. 

         Then pergi semayang jumaat naik kete James Bond, Nissan Sunny tahun 93. HAHA, jangan main2,kete          
         ni aircond sejukk wehhh. haha... dah settle semayang jumaat, adik aku mengada ajak makan cendol 
         tepi masjid, okay jom je lah. melayang Rm3 kat situ. Haih,selamat la abah bagi duit belanja Rm50
         pagi td. 

         Bajet2 lepas jumaat nak gerak gi uia pj, Nak amek notes kat Daus Samad. Tapi sekali lagi, Kemalasan 
         melanda nak pegi sorang. bosan dohh. kalau ada member boleh la bawak bersembang kannn. then jari2 
        runcing halus aku mula menekan keypad phone untuk call Fido, cilakak, dia pulak ada hal ngan abah dia     
        petang tu. Call Leman Betis, cilake jugak, tak angkat. membute kot. Call Ejat Market, dia x balik Tasik 
        pulak, call Capiq Kacak, tak balik jugak. Aku mula pasrah.. HAHA. Then Call lah budak kecik yang
        dah besar, Zyra. x angkat jugak. haih. nak kena semua orang ni. haha. 

       Aku pun mula tekan button on laptop. online lah kejap, getus hati suci aku. then nampak kt fb,NURUL
       AZYRA online! haaa. terus tego, nak mintak no rafi, jiran aku yang selang 3 rumah. Zyra suruh je aku
       g umah rafi kan senang, aku mcm biasa lah, pemalas tahap cipan so nak mintak jugak no rafi kt zyra.
       HAHA..then zyra pun bagi. aku call2 punya call x dapat. Cilakak punya rafi -.- 

       Aku buntu, call lah Fido balik. dia kata dia nak gerak ngan aku. Dah nak settle dah hal ngan abah dia. 
       Then si lahanat itu mesej aku, "man, kejap lagi abah aku jumpa kau, ko cakap je kita sama study Unisel, 
       satu course, satu kelas. Dalam hati aku "lahanat punye fido, ko pakai nama aku nak lari dari bapak kau"
       Tapi takpe, aku kan pemenang anugerah pelakon terbaik Malaya. Sedang aku melepak di Warong Pak
       Chot menikmati nasi bujang murah dan sirap bandung, datang laa Fiso bersama abah tersayangnya.
       Seperti dijangka, abah beliau bnyak tanya pasal Unisel, selamat aku terer jawab spontan walaupun aku
       memang taktau sepatah haram pun pasal Unisel. haha. Seperti yang dirancang, aku pun cakap kat abah 
       beliau, "kitorang ada final project kena buat pacik, ni nak pegi Unisel lah ni, nak buat and overnight sana"
       dengan selamba aku tipu sunat kat situ. HAHA

       Berangkat lah aku ke Uia bersama Fido. Dalam pada itu, Sambil drive sambil mesej budak kecik yang
       dah besar tu, sape lagi? zyra. haha.. sampai kat uia, amik lahh benda yang dipanggil notes tu dekat
       member aku. ye lah, exam dah dekat wehh..mati aku kang x study. haha. pastu g potosetet, then makan 
       kt kedai mamak pj yang kipas dia kecik gile tapi angin kuat nak mati. Bara Rokok Fido sampai 
       tepadam kena angin kuat. haha. 

      Lepas tu ingat nak merayau gi Danau, uptown cuci mata bak kata zyra, haha. tp tengah2 poket kering 
      ni rasa malas la pulak. kitorang pun balik lah nak lepak oblong (kedai burger depan cc medan) dengan 
      harapan nak main Taiti (daun terup). Sampai je Tasik, pegi oblong, bengang tak terhingga bila dpat tau
      deck xde, Ijam bawak balik. Siot kau. Aku pun main2 gitar je lahhh.. duduk2.. berasap2..oke settle.

      tengah bosan2, tengok sharil LC kua dari cc, then masak burger untuk dia makan. aku pun mcm teringin
      la pulak kan nak mkan burger masak sendiri.  Dengan perasaan berani mati, aku meletakkan sekeping 
      patty keatas kuali leper petak itu. punya lama aku nak tunggu masak, then caril pun sound "bangang lah 
      ko ni, mana nak masak kalau ko tak besarkan api". ohh shit, haha mne la aku tau. tak pe ni percubaan
      pertama. Then nak buat burger special lah rasa, aku pun amek lah telur yang tinggal sebijik je kat situ. 
      cuak pulak aku nak pecahkan, sekali lagi kena maki ngan caril, sial punya caril. haha. dia la yang 
      tolong pecahkan. then aku leper2 kan, haa kan tag team tuu. then aku angkat patty yang dah masak and 
      campak dalam periuk brown sauce, haa angkat balik letak atas telur. okay masuk bab nak balut
      daging tu dengan telur, sekali lagi aku kena maki dengan caril. siot. mentang2 aku tak reti. takpe2.

     Then siaplah sudah burger daging special masakan aku sendiri! Woot woot! hahaha. makan pun rasa 
     sedap, happy and bangga gila sebab buat sendiri, bapak gelabah weyy. haha. pastu adik aku pulak call 
     "man, beli burger oblong satu". Haaa ini peluang nak try buat lagi ni. aku pun amik patty oblong, campak 
      atas kuali.. haaa kali ni aku bukak api besar2, puas ati aku, yes aku dah reti. HAHA

     kemudian, aku pun ulang balik procedure sama, tp part nak bubuh sayur, siot, carrot abis. takpe2, aku 
     lenjan salad banyak2. haha. puas ati aku. brown sauce pun aku tibai lebih. okay dah settle. sambil2 lepak 
     situ, sempat jugak msg budak kecik tu sampai dia tido. haha. budak kecik memang tido awal eh zyra? :P

    lepas tu aku pun start kete sport aku tu, balik umah x sabar nak rasa mcm mne oblong burger buat sendiri. 
    dengan blagak sombong balik umah aku bangga gila ckp kt umi, "umi, ni haa burger ni masak sendiri ni, 
    hebat kann?" umi pun "hmmm,,," aku pulak -.-"...  "haih, x bangga langsung" hahaha. lepas melenjan2 
    oblong tu, dah on laptop and online. cilanat, bila aku nak study ni. haha.

   Online pun lama jugak la, berkenalan dengan cik ieyra pemusing, sembang2 and buli dia, best woo. HAHA, 
   Then mata mula ngantuk, rasa nak tido. Jadi sebelum tido, aku send msg kat budak kecik yang dah besar 
   "pukul 10 tolong gerak aiman tau, thanks macik"

   pagi ni (19/2/2011), aku bangun pukul 11. then tengok kat jam hp, ohh ada mesej zyra "aiman bangun
   bangun bangun! " hahaha. then ada miscall dari budak kecik itu. Oh baik betul budak kecik ni. dia gerak
   betul, haha sorry zyra aiman tk bangun. haha. 

Ok tu je la kot untuk kali ni. haa panjang dah ni rasanya :D

Hastalavista bebeh~


No comments: