Monday, June 27, 2011

NAK ENJOY BOLEH, TAPI.....

Tergerak pulak hati aku nak citer pasal ni. Pasal aku tengok budak2 sekarang ramai yang suka enjoy. aku pun suka enjoy. bukan budak2 je. orang tua pun enjoy. tapi ramai gak yang enjoy tak agak2. 

1. Kalau nak enjoy kat club, jangan pulak mabuk2. aku faham sesetengah orang kata, "aku pergi club nak enjoy music dia je, nak feeling dengar bass dia, bukan aku nak minum2 pun!". keras betul ayat si polan buatkan aku tersedak coca cola yang tinggal separuh tin. Haa bagus lah kalau kauorang pergi betul2 nk layan music je. walaupun aku tau kebanyakannya tak. Aku bukan nak pangkah budak2 clubbing tapi aku just pesan memesan. Asyik buat dosa je. sekali sekala buat pahala dakwah kan. (senyum mesra). Kalau rasa nak hisap dadah tu, jangan overdose, kang mati kat club, kubur berasap aku tak mampu tolong. 

2. Kalau nak enjoy dengan member tengah2 malam, aku nak ingatkan, pakai seatbelt. sebab uncle baju biru kereta putih suka sangat buat roadblock tengah malam. cari makan lah katakan. Dah banyak kali aku kena, selamat diaorang tengok muka aku ni innocent so diorang tak tahan. (senyum comel). kalau melepak tu, jangan sembang gelak kuat sangat. kang ada pakcik2 narrow minded yang datang sound tak pasal2. ini pengalaman. bukan ciptaan. and yang paling penting, kalau boleh, jangan usung pompuan tengah2 malam walaupun member. ini Malaysia bukan Hat Yai. Bukan Las Vegas. Malaysia banyak Jabatan agama. kang tak pasal2 kawin free. berkhalwat katanya. 

3.Kalau nak enjoy kat gig. berpada2. kalau nk mosh agak2. jangan sebab kau nak enjoy, terterajang orang, kau pulak kena nanti. Aku faham benda mcm ni tak boleh elak tapi atleast boleh kurangkan ye dok? and one more thing, jangan meraba di gig, kalau nak kena tapau boleh lah. kena tu awek orang, menjawab lah kau. kalau nak stagedive, pastikan ada orang sambut. jangan kau jatuh pecah kepala macam yang aku tengok sendiri depan mata kat gig baru2 ni. Ngeri memang bgeri. kesian memang kesian. tapi nak tolong tak mampu. aku geli sikit darah2 ni.

4. Kalau nak enjoy berblogging, jaga lah ayat. jangan sampai satu malaysia kutuk kau sebab post yang kau tulis. aku rasa contoh paling best aku nak cite pasal ni , ADINDA EVANS. aku rasa kauorang yang bloggers atau pembaca blog tegar mesti kenal nama ni kan? dia bukan artis, bukan anak menteri, bukan pemecah rekod dunia,bukan jugak johan paralimpik remaja. Tapi dia lebih famous dari orang lain sampai jadi trending kat google. itu yang aku kata, kalau kau dah tak dara, kau main 5 lawan 1 ke, apa2 pun takpayah nak kecoh kt blog. blog ni public. memang seronok ke kalau semua orang tau kau dah romen? And one more pasal sorang blogger budak negeri sembilan rasanya. post blog kutuk kelantan. and to make it worst, kutuk nik aziz.  mana tak mengamuk rakyat kelantan? and the result? she had to shut down her facebook account disebabkan ramai yang ugut dia. haa baru kau rasa?

5. Kalau nak enjoy main game tak kira lah kau main dota ke, Counter strike ke, HON ke, COD ke waima angry bird sekalipun, tengok2 lah jam weh. aku memang dah banyak kali ada pengalaman bab ni. kau sedar2 dah pukul 2,3 pagi. kelas pukul 8. memang tak pergi lah kan. ilmu tak dapat, apa pun tak boleh. sedar2 dah kena barred exam. fail terus. repeat next sem. memang seronok sebenarnya boleh dok lama2 kt tempat belajar tu. baru lah super duper senior nanti kau jadi. haha

Okay aku tau post kali ni sumpah tak menarik. aku saje je nk hilangkan ketandusan blog aku ni. hilang2 bosan. nanti lah kalau aku ada idea2 best, aku post lah. chow.

1 comment:

Ieda Mazlan said...

HAHAHHAHAA , aku suka post kau yang ni :D