Sunday, April 24, 2011

Salahkah Takdir?

Dah naik bosan telinga aku dengar ayat "dah takdir, nak buat macam mana?" kauorang pernah dengar ayat macam ni? tak payah tipu lah nak kata kauorang tak pernah dengar. confirm pernah kan?

Orang yang salahkan takdir, orang yang bacul untuk terima kegagalan

Sebab tu kali ni aku nak tulis pasal benda ni. pada aku kebanyakan orang suka sangat salahkan takdir bila apa-apa jadi dalam hidup diaorang. kenapa diaorang salahkan takdir? oh ya, aku tau. takdir tu lah the last resort bagi siaorang untuk cover kesilapan sendiri. Ye tak? betul lah kann.

Ayat macam diatas sering kali kita dengar orang cakap apabila:

1. Dia dah tak ada excuse lain nak dibuat bila diaorang gagal dalam satu perkara.

2. Jenis manusia yang tak pernah nampak salah diri sendiri.

3. Diaorang rasa diaorang terlalu bagus untuk gagal dalam apa-apa benda sekalipun.

Okay kat sini aku nak tegaskan. Tak ada benda dalam dunia ni yang datang bergolek atau melayang. Tinggal nak tunggu kau sambut atau tangkap je. Kalau kau rasa semua benda ni automatically datang, go fuck yourself. You're not of any worth living in this world. Kasar? aku kasar ke? maybe. Tapi kalau kauorang tergolong dalam golongan menyalahkan takdir ni, kauorang lagi kasar dan kurang ajar.

Semua orang tau, takdir ni ketentuan Tuhan kan? Kauorang tak rasa ke kalau takdir tu disalahkan bila kauorang gagal, kauorang seolah2 menyalahkan Tuhan atas kegagalan kauorang? so kurang ajar tak kat sini? yes, no doubt kan? sedangkan manusia ni perlu usaha and percaya dengan diri sendiri. kalau dalam hati awal2 dah kata "hmm aku rasa dah takdir aku memang tak boleh buat benda ni". kiss goodbye, kauorang sampai mati tak berjaya. percaya lah cakap aku. 

Aku nak bagi contoh lah yang berkait dengan point aku kat atas ni. Seorang student tak kira sekolah rendah, menengah mahupun universiti sekalipun,kalau dah hari-hari kerja dia main game, melepak, tengok tv and tak pernah sikit pun ada initiative nak belajar and memandaikan kepala otak diaorang, kauorang rasa diaorang mampu excel dalam exam? kalau ikut logik, confirm lah tak boleh kecuali lah ada sebilangan pelajar genius yang hebat tak payah study pun boleh pandai. Dan tak lupa yang meniru. memang lah markah gempak. Okay, berbalik kepada yang tak study and dapat markah macam haram tadi, macam biasa, diaorang akan kata "tu lah, dah takdir aku memang tak boleh nak dapat result elok". Kalau aku jumpa orang cakap macam ni depan aku, memang aku nak maki.

kau nak buat apa pun boleh. tak ada siapa nak halang. so kenapa takdir jugak yang salah atas tindakan kau?

Kalau kau tau yang kau sakit darah tinggi, kau pergi mengada makan daging kambing banyak2. masuk hospital. salah siapa? nak kata takdir jugak yang buat kau pergi hospital? eh come on, apa guna research pasal penyakit dibuat kalau bukan untuk elak. Kalau dah terang2 terbukti daging kambing tu mmg booster untuk darah tinggi, sape suruh kau makan? sama jugak dengan kes kau sakit kencing manis, kau makan kuih manis, kau minum air gas hari2. memang kau cari nahas and ingat, jangan salahkan takdir. And lagi satu, kalau kau dah sedia maklum yang kau lemah jantung, sape suruh kau tengok final destination atau Saw? kau terkejut, sia-sia je lah kau hidup. dalam kubur kau tak boleh dah nak fikir takdir yang buat kau mati.

Okay jangan salah faham. memang aku tau setiap manusia dah ada buku perjalanan hidup sendiri yang diaturkan Allah sebelum lahir lagi. Tapi Allah tu Maha Pengasih and Penyayang. Takkan lah Allah saje2 nak kau sakit apa semua? sentiasa ada sebab. sebabnya siapa? kau sendiri lah. Tuhan tak takdirkan kau nak tengok cite ganas seram. Tuhan tak takdirkan kau main game tak berhenti and tak belajar. Tuhan tak takdirkan kau makan kambing banyak2. And Tuhan tak takdirkan kau selalu minum air gas. Jangan suka nak salahkan Tuhan. Your own fault, not God.

Sama jugak apa yang berlaku dalam dunia bola. Satu team tu memang kuat tak agak, while the other one underdog je. Tapi at last dalam match tu, yang underdog tu yang menang. What do you think? menang nasib? dah takdir team hebat tu kalah nak buat macam mana lagi kan? BULLSHIT. seriously nonsense. Team underdog maybe menang sebab diaorang main bagus untuk match hari tu. Atau mungkin team underdog memang disebabkan kesilapan yang dibuat oleh team hebat. see? tak ada benda yang berlaku automatically. Setiap yang terjadi tu ada sebab musabab tersendiri.

Kauorang percaya diri, buat yang terbaik. Kauorang menang

Jadi kauorang tolonglah. Ingatkan kawan2, saudara-mara, dan diri kauorang sendiri. menyalahkan takdir samalah macam kau mengakui kebodohan kau sendiri. Orang pun boleh nampak salah kau, kau tak nampak. yang kau nampak salah takdir. please, be realistic dude. takdir semuanya terjadi atas tindakan kau sendiri. Its you who paint your own life.kalau kau besar, kau jadi perangai teruk. kau buat macam2 dosa. kau nak kata macam mana? takkan nak kata "dah takdir aku jadi jahat. nak buat macam mana?" kalau macam ni lah ayat kau, baik kau pergi mati. Tuhan tak kan pernah sengaja menjadikan orang tu jahat. Setiap orang berpeluang masuk syurga. Takkan Tuhan takdirkan kau jadi jahat semata-mata nak kau masuk neraka? Tak logik langsung.

Sampai sini je lah aku nak tulis. Banyak2 tulis kalau kauorang taknak sedar tak guna jugak. Just nak ingatkan,
Stop the nonsense lah. kauorang kena buat yang terbaik dalam apa benda pun yang kauorang ceburi. baru hasil dia terbaik. jangan cepat menyalahkan takdir atas kepincangan yang kau bawak sendiri. yang mencorakkan hidup kau, tindakan kau sendiri. 




Kesabaran dan Kemaafan. Kau Ada?



Hari ni aku post entry malam2 sebab aku tak bangun pagi, bangun tengahari terus keluar gi bookfair. tapi takpe, malam2 pun aku akan tetap post. kauorang yang nak baca, baca lah, xnak sudah :D

Aku rasa terpanggil nak bercakap pasal kesabaran dan kemaafan ni. Bukan apa, selalu aku tengok ramai orang asalnya rapat, pasal satu benda kecik lagi bodoh, diaorang dah putus kawan, jumpa depan2, sorang pandang kiri, sorang pandang kanan, tangan tak terangkat nak bersalam, lidah tak tergerak nak tanya khabar. bibir dah taknak senyum. apa semua ni? kawan2 patut kekal selamanya kawan2. perlu ke musuh2?

Makin dunia maju, makin manusia berpecah. kenapa aku cakap macam tu? ye lah, kau tengok lah zaman dulu, tak maju. tapi mak bapak kau ada kawan yang rapat. rasanya susah nak jumpa orang2 zaman makbapak kita yang bermusuh. standard lah mesti ada gaduh kan zaman2 dulu tapi gaduh tak pernah berpanjangan. last2 jadi kawan balik. Yang aku tak faham sekarang, kenapa zaman sekarang punya barua semua tak boleh jadi macam diaorang? kalau gaduh, mesti terus putus member. dah x kan kawan sampai bila2. dah putus satu silaturrahim. Tuhan tak suka kau tahu tak? 



Sabar ni penting sebenarnya. kalau tak ada sabar, benda kecik jadi besar, benda remeh jadi kecoh. benda bodoh jadi heboh. so kenapa budak zaman sekarang tak boleh nak sabar? tengok bola ramai2. separuh arsenal, separuh Chelsea. satu team menang, satu kalah. Supporter team kalah marah, bengang. Tambah pulak dengan tak ada kesabaran. so apa jadi? gaduh. BODOH. kenapa aku kata bodoh? sebab kalau kauorang sabar, takde lah gaduh. sekali gaduh, sekali bertumbuk, rasa macam dah tak ada chance nak baik balik kan? 

Kalau sabar sentiasa diamalkan memang aku rasa susah nak jumpa orang bergaduh. confirm. Tahu kenapa? sebab nya simple sangat. aku bagi contoh. petang2 orang balik kerja jalan jem. berderu2 orang potong ikut kiri. cuba mencelah. and macam2 lagi semata2 nak cepat sampai rumah. bayangkan kalau semua orang tak sabar, semua orang buat hal. bila terlanggar, semua orang bengang, semua orang bergaduh. tapi bayangkan pulak kalau diterbalikkan. Semua orang buat rilex, xde terlanggar, semua sampai rumah dengan selamat and tenang. see? sabar tu penting sebenarnya. 

Antara yang paling penting tak kira dalam apa perhubungan sekalipun. Samaada kawan dengan kawan, student dengan pendidik, anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri, boyfriend dengan girlfriend mahupun hubungan cinta sejenis. Dengan kemaafan lah silaturrahim yang putus antara kawan2 boleh sambung balik, ilmu yang hilang berkat bila pendidik kecik hati kembali direstui, couple yang dah clash baik balik, si tanggang dah jadi batu boleh cair balik, dan suami yang telah diceraikan pun rujuk balik dengan isteri. Kemaafan ni takkan jadi melainkan salah seorang berlembut hati and start mintak maaf dulu. Jadi kauorang kalau gaduh dengan member,boyfriend, suami, gay partner ke,cikgu ke, mak ayah ke, jangan lah segan2 nak mintak maaf kalau kauorang buat salah. 



renung2 kan balik. kauorang mesti ada kawan yang dulu rapat tapi sekarang dah tak kan?
mesti ada. macam orang cakap selalu, people come and go. Tapi kenapa kauorang tak ubah ayat tu?
dengan kemaafan dan kesabaran, kau orang boleh je buat ayat tu jadi people come and stay. kan? :)

Point aku kat sini, latih la diri kauorang jadi sabar and pemaaf. Macam aku sendiri, aku sebenarnya rasa tak layak nak cakap pasal benda2 ni sebab aku akui aku pun bukan lah penyabar sangat, and aku pun bukan seorang yang pemaaf sangat. in fact, aku pun ada kawan yang aku dah x contact langsung sebab masalah yang jadi antara aku dengan dia. tapi insyaAllah, aku akan contact balik dia. aku tulis ni pun bukan apa, sambil2 mengingatkan kauorang yang baca, dapat ingatkan diri aku sendiri. and kepada semua yang baca ni, and rasa aku ada buat salah dengan dia, aku mohon maaf.

Lastly, Ini untuk Kauorang:



ASSALAMUALAIKUM :)

Friday, April 22, 2011

Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta (Edisi Tajuk Jiwang Geli)



Ramai orang anggap, lelaki ni cool, selamba, tak kesah, and relax je kan? Tapi realitinya, tak rmai yang selamba macam tu. Banyak yang taktahu nak buat apa atau bertindak macam mana bila suka kat seorang perempuan ni. So kali ni aku rasa nak cerita kat kauorang yang bergelar perempuan. Lelaki nak baca pun boleh. And pikir kauorang ada buat benda2 ni tak?

Awal-awal, memang tak berani. Tak confident pulak tu.

1. Benda paling ketara yang kauorang akan nampak bila sorang laki ni suka kan perempuan tu ialah apabila dia menggelabah. Menggelabah yang dimaksudkan kat sini bukan menggelabah poyo yang sering digunapakai oleh budak2 sekarang. Tapi yang aku sebutkan ni menggelabah yang boleh dikata jugak sebagi panik, ataupun macam serba-salah nak buat apa2. Sebagai contoh, bila jumpa dengan pempuan yang disukai, lelaki ni mula lah, nak susun ayat nak bercakap, topik pun kena ada. cakap pun mcm gugup2. haa kalau korang perempuan and ada lelaki berkelakuan macam ni dengan kauorang, ada tanda lah tu.

2. Nak mintak No, tapi takut disalah anggap. Lelaki kalau dah minat seorang pempuan ni, tak kan lah dia taknak no budak pempuan tu kan? confirm nak punya lah. tapi dalam masa yang sama, dia tak tahu nak mintak macam mana. kalau mintak terang2 kang, obvious sangat dia suka pempuan tu, nak bagi reason, tak ada reason. Nak mintak kawan tolong ambik no, serba-salah nanti dikata stalker. so macam mana? dalam kes ni, ada jugak lelaki yang sanggup tunggu lama semata2 nak ada reason nak mintak no budak perempuan tu. Tapi sanggup ke tunggu lama? kang kena kebas sia2. haha

3. Bila dah dapat no, nak contact pun macam cuak. Haa yang ini memang selalu. Once lelaki tu dah dapat no pompuan tu, dia mula rasa tak tenang. Hati nak sangat anta msg ataupun call. tapi dalam masa yang sama otak menghalang takut perempuan tu sedar dia minat pempuan tu and terus jauhkan diri. Bagi lelaki ni, biar lah tak terus terang dari kena reject. Lagi pedih wehh.

Ayat Yang Sangat Susah Nak Diucap, Seriously
4. Bila dah mula msg dengan alasan yang dah dipikir berjam-jam, then masuk balasan ke-4, mula risau. takut banyak sangat message kang nampak sangat pulak macam terlalu nak message. Biasalah lelaki, ego memang ada, tak dinafikan. Tapi bila fikir balik lah kan, Kalau tak message selalu susah jugak relationship tu nak on kan?

5. Message delivered. *tunggu 10 minit, belum dapat reply." Aik? tadi 5 minit dah reply, kenapa pulak 10 minit belum reply? aduh, dah bosan ke message dengan aku? " Haa, ni antara yang bermain dalam fikiran lelaki bila situasi kat atas ni terjadi. Time ni mula rasa nak call. Tapi kalau call kang nampak macam over sangat. macam desperate sangat nak pempuan tu reply message. tak boleh jadi, jatuhlah saham nanti. Sabar je lah dulu.

6. Punya lama tak reply, akhirnya call jugak. Call pulak tak dijawab, oh shit. Masa ni lelaki akan mula menyesal. "adoi, asal aku ni semangat sangat gi call2? tengok dia x angkat, kan aku dah malu. nampak macam tak sabar tunggu dia reply je" automatik diorang akan rasa malu dengan budak perempuan tu apabila budak pompuan tu bagi message esoknya "awak, sorry semalam saya tertido lah"  -.-

Saat Yang Paling Menggembirakan Mungkin Bagi Lelaki :)

7. Lelaki kalau dah suka, memang dia akan banyak bergurau, buat lawak yang kononnya lawak dan sebagainya. kenapa? sebab konon nak tunjuk mesra, nak pompuan tu macam selesa dengan dia, nak perempuan tu terhibur dengan semua cerita kelakar and gurauan dia. Dengar-dengar, perempuan suka lelaki kelakar. ye ke? Ntah ler. Teman pun idoklah tau. Kome tau ke? Ce cite ce cite. hahaha.

8. Buat-buat concern. Haa ini memang perangai kebanyakan lelaki. Ini bukan gurauan, Ini kenyataan. Lelaki emamng terkenal dengan perangai tak ambik kesah, tak peduli pasal orang. Bukan lah jenis concern. Even nak jumpa lelaki yang concern dengan parents diorang pun susah. tak concern bukan maksud tak sayang. Lelaki yang baca jangan marah. Aku tak ada niat nak kutuk kauorang. Aku pun lelaki jugak. Tapi ni perangai lelaki yang budak pempuan boleh nampak dengan senang. Malam2 nak tido message ucap goodnight. message good morning walaupun bangun tido pukul 12 tengahari. sikit2 tanya "dah makan belum?" lepas tu mesti ada soalan "awak tengah buat apa ni?". Tak kurang jugak yang tanya "awak sihat tak hari ni ni?"
Itu belum lagi bila budak pempuan tu ada problem, memang jadi hero lah. Antara ayat2 kebiasaan yang diucapkan : "awak, awak jangan sedih k? hidup ni memang banyak dugaan". selalu jugak ada ayat ni: "awak jangan serabut2, saya ada temankan awak ni". Yang paling hero sekali: "Awak, kesedihan tak membantu. Hadirnya saya untuk menghapuskan kesedihan yang menyelubungi hidup awak" HAHAHAHA. Ayat sumpah tak boleh blah tapi ini realiti.

Ini happy ending :)
Cukup lah dulu. Tak boleh nak bongkar lebih2 nanti dah tak jadi rahsia lelaki pulak. Kepada perempuan, kalau lelaki yang anda kenal ada tunjuk sikap2 mcm ni, cuba2 lah balas perasaan dia. sebab yang ikhlas je akan jadi macam ni. kalau nak main2, dia takkan jadi sampai macam ni . Kepada lelaki pulak, cover sikit bai. haha

CIAOO~

Thursday, April 21, 2011

Tak Rugi Bersopan, Tak Mati Beradab

Selamat pagi lah kepada kauorang semua. Eh silap, dah tengahari. Alah biasalah hari Jumaat tak ada kelas so waktu tidur aku lama sikit. haha. Kawan aku, Khairi ada tanya tentang apa next topic yang aku nak tulis? aku masa tu memang taktau nak jawab sebab aku tak pernah rancang idea penulisan aku. Tapi aku rasa sekarang aku dah boleh jawab soalan dia tu sebab idea aku dah sampai akhirnya. hehe.

Okay untuk entry kali ni, aku rasa memang dah lama dah aku nak highlight pasal benda ni. pasal adab. pasal budaya Melayu yang kononnya sopan lagi santun. eh, tu dulu kan? sekarang masih beradabkah? masih bersopan ke? Itu yang kita tak tahu. Meh aku nak cerita.

Attitude changes everything. Betul kan?


Ini perkara yang melanda seorang kawan aku. kisah benar bukan canangan. Tak dinafikan kawan aku tu masih muda, perempuan, masih bergetah bak kata orang kebanyakan. Dan yang meninggal, opss yang tinggal di sebelah rumah dia juga Melayu tapi bertaraf makcik yang berumur pertengahan 40-an. Seringkali aku tak faham, kenapa makcik yang disebut tadi sangat tidak beradab. mungkin dia dengki? oh mungkin. tapi mana pergi adab dia kalau sampai tiap2 petang buat mesyuarat makcik2 mengumpat pasal kawan aku tu? weh come on lah, kauorang gelabah apa? kawan aku tak buat apa pun kat dia, dia dengan tak ada adabnya kutuk2 kawan aku. bukan setakat itu lah, siap dengan maki depan2 dengan macam2 point yang aku tak tahu mana dia cedok. Ini ke budaya orang Melayu yang kononnya terkenal dengan sikap lemah-lembut and sopan santun? I don't think so. Screw You.

Second thing, benda yang aku alami sendiri masa aku pergi Istana Budaya. Aku pergi semata2 nak hantar produk je. sebab ada produk ayah aku yang dijual sempena malam tribute UNTUKMU LOLOQ yang berlangsung kat Istana Budaya 3 hari 3 malam. Okay lepas hantar barang, aku cadang nak balik tapi ayah aku kata jom lah masuk dulu tengok persembahan. aku ikutkan saja. sampai kat gate nak masuk, seorang perempuan yang aku pasti sepenuhnya bahawa dia sebangsa dengan aku, dengan lenggok bahasa dan tudung, sah, MELAYU. Tapi aku terkilan dengan kata yang terkeluar dari mulut Melayu yang selama ni terkenal dengan adab sopan. 

"Encik, maaf ya. Encik pakai roundneck tshirt macam ni takboleh masuk. Siap pakai selipar jepun. Macam nak gi Chow Kit je? " 

Seriously, aku menyirap. sumpah menyirap sangat dengan si perempuan bertudung tapi tak melambangkan ciri2 tudung yang dipakai. memalukan. Dalam kes ni, aku akui, aku bersalah jugak sebab aku lupa Istana Budaya memang mengamalkan protokol yang agak ketat, harus lah formal. Tapi perlu ke sebut perkataan nak pergi chow kit tu? Hina sangat ke Chow Kit? dia lupa mungkin, zaman makbapak dia muda dulu, Chow Kit itu terkenal sampai Allayarham Sudirman buat lagu. Tapi biasalah, bagi dia mungkin aku selekeh, dasar orang jalanan nak masuk Istana Budaya, mana dapat? Aku cuma mampu cakap dalam hati "Oh ,Perempuan yang kerja Istana Budaya pun dah LUPA BUDAYA".

Okay, cukup lah cerita pasal aku. Aku tau kauorang pun taksuka nak baca pasal aku kan? haha. Masuk kisah seterusnya, pasal kawan aku jugak. satu malam aku keluar makan dengan dia. Then yeah, kawan aku ni memang ceria and periang. So kalau dia tergelak memang agak kuat lah. Alaa standard lah. kauorang macam tak pernah? Dipendekkan cerita, sementara tunggu makanan, kitorang sembang. Entah apa benda yang lawak, maybe aku lupa. Then kawan aku tu gelak agak kuat. Aku biarkan, aku tau dia memang happening sikit. well, dalam post dulu aku pernah cakap kawan baik adalah yang sudi terima walau macam mana pun kan? so aku terima dia macam tu. 

kalau rasa ada perangai macam yang aku tulis dalam blog ni, ubah2 lah okay?


Oleh kerana gelak dia yang kuat, ada sekumpulan anak muda yang aku yakin muktamad memang MELAYU.  
diorang duduk meja sebelah. bercampur lelaki perempuan. berbahasa macam Melayu Bangsat. faham maksud aku? Yang perempuan pun nak ikut berbahasa macam lelaki. kasar. dan tak perlu rasanya untuk aku nyatakan kat sini. Disaat kawan aku tu tergelak agak kuat, meja sebelah tak semena-mena diam. aku pun pelik, tapi tak sedap hati. Aku dah agak, tak sampai beberapa saat, budak meja sebelah regardless of boys and girls gelak macam orang gila. Aku pasti memang tak ada perkara kelakar pun yang terjadi dalam kalangan diorang. and aku yakin gelak diorang untuk menyindir kawan aku. weh hina ke gelak kuat? kenapa semua orang tak boleh nak jadi memahami? kenapa perlu nak sindir sampai macam tu? and kawan aku pun terasa sampai tak ada mood nak makan. Kalau betul lah kauorang Melayu, kenapa macam tu perangai kauorang? Even bangsa2 lain tak kurang ajar macam ni dengan bangsa Melayu. Hidup harmoni. Kenapa Melayu sendiri tak puas hati dengan sesama Melayu? BODOH.

Kat sini memang aku nak ekspreskan, jangan lah kau mudah menghina, menyindir dan mengata orang lain. And sebagai Melayu, aku rasa aku patut menegur kauorang yang rasa diri kauorang Melayu jugak tu untuk sama2 berubah. Bukan berubah parti politik. Itu hak kauorang lah. Maksud berubah yang aku cuba sampaikan sekarang ialah berubah kepada menjaga mulut kauorang. jaga mulut bukan sekadar gosok gigi, guna listerine, makan dentyne. tak cukup. kauorang kena jaga mulut and jaga adab. Sayang sangat kalau muka kauorang cantik perangai macam ni. Boleh jugak ibarat, cantik kat luar, berulat kat dalam. faham kan?

Aku rasa aku tak boleh nak tulis panjang2 dah sebab aku nak sembahyang jumaat. Oh, lupa nak bagitau, Adab2 jugak, Agama pun jangan lupa.Haha. Aku nak tiunggalkan kauorang dengan satu soalan untuk kauorang fikir, Kalau semua melayu dah hilang adab, so dah pupus lah Bangsa Melayu kan?


Wednesday, April 20, 2011

Antara Kasih Sayang, Persahabatan Dan Cinta

 Assalamualaikum dan selamat pagi lah kepada kauorang yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. kalau takde kauorang yang sudi baca, maybe aku pun macam dah hilang semangat nak tulis. wasting kan kalau tulis tapi tak ada yang baca? lagi elok kalau aku main bowling ke, tengok wayang ke, siram pokok bunga ke lagi seronok. Aku hargai kesudian kauorang untuk baca blog yang buruk ni. Aku sebenarnya still mengantuk and macam biasa, aku tak ada idea nak tulis apa, tapi aku rasa nak tulis jugak who cares? haha. This time, kauorang mesti macam pelik dengan tajuk post ni. Macam jiwang lebih pulak kan?Relax-relax~ baca dulu eh?


Dunia remaja, memang selalu ada konflik antara 3 benda kat atas ni. Mungkin ada sebilangan manusia yang fikir kasih sayang dengan cinta tu sama. Yeah, literally memang sama tapi pembawaan itu berbeza. Nak aku terangkan kat sini, Kasih sayang yang aku sebutkan ni melambangkan kedua ibu-bapa. kenapa? sebab kasih sayang ibu bapa lah yang paling mutlak sekali. Dalam dunia ni tak ada kasih sayang yang lebih agung dari kasih sayang ibu bapa selain kasih sayang Allah. Okay dalam masa yang sama, benda yang kauorang panggil cinta tu, adalah cinta yang kauorang apply pada term couple tu. maksudnya cinta kepada orang yang bukan ada apa2 pertalian keluarga dengan kau. And kalau persahabatan, tak perlu aku nak terangkan dah kan. Kauorang semua tahu.

Kenapa aku cakap konflik antara 3 benda ni selalu berlaku dalam hidup remaja? simple. remaja dari kecik dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa. masuk sekolah, mula kenal kawan2, naik sekolah menengah, kawan semakin rapat, masa dengan ibu bapa makin kurang. Lepas naik menengah atas, haa mula lah kenal cinta. Dah mula rasa nak ada awek, ada boyfriend. Okay apa masalahnya? normal lah kan? memang normal tapi implikasi benda tu yang buat jadi tak normal.

Ibu bapa makin lama makin dilupakan bila dah ada kawan apatah lagi dah ada awek. Aku tulis ni bukan lah nak menghukum kauorang yang rapat dengan member atau kauorang yang ade pasangan masing2. tapi aku nak kauorang fikir. Selalu bila kauorang dah ada kawan. dah rapat dengan kawan. semua benda asyik dengan kawan. lepak dengan kawan, share problems dengan kawan. Kadang2 mak kauorang dah masak nak makan satu family, kauorang cakap nak keluar makan dengan member. Kalau kauorang ada kat tempat mak kauorang, amacam? sedih kan? Kau ada problem, tapi kau taknak cerita dengan parents kau. kawan yang kau cari. then kau mintak pendapat kawan kau regarding the thing yang messed up dalam kepala kau. kawan kau bagi pendapat and kau ikut. oh so sekarang pendapat kawan2 tu lagi penting dari apa yang mak bapak kau cakap? 

Tengok gambar ni lama2. macam ni lah makbapak kau sayang kau masa kecik and tak pernah kurang sampai sekarang tapi kau sayang diorang macam ni tak?

Bila kau dah ada awek, dah ada boyfriend. tambah parah lah kau. semua benda kau nak ikut partner kau. memang la bagi kauorang itu simbol sayang and setia. tapi kalau tanya aku, FUCK YOU lah aku jawab. kau kenal partner kauorang berapa lama? kau kenal mak bapak kau berapa lama? kau kenal kawan kau berapa lama? tapi bila kau baru kenal partner kau, ibu bapa and kawan2 pun tolak tepi. semua nak ikut cakap partner kau. apa guna kalau tuhan bagi kau otak tapi kau tak nak berfikir sendiri? partner kau yang kena pikir untuk kau? Lame.

Sekarang ni masalah utama kauorang ialah tak boleh divide time betul2 untuk parents, kawan and partner. okay dalam hal ni, aku tak pernah salahkan kauorang yang banyak member and yang ada partner masing2. tapi aku just nak kauorang fikir. kenapa kauorang kadang2 lebihkan orang lain dari parents sendiri? oh aku rasa aku tau. kawan dan partner boleh tinggalkan kau. parents xkan tinggal kau. so kena jaga hati kawan and partner lebih sikit lah. macam tu? abis tu, kalau parents kau tinggal kau selamanya macam mana? baru kau nak meraung menangis apa semua? forget it.

Aku akui, kadang2 sebagai remaja, kita rasa macam parents tak memahami. well kalau fikir balik. memang patut sangat lah parents kita tak faham. dah diorang dulu remaja zaman bila? kita zaman bila? so jangan salahkan diorang kalau tak faham. and jadi tugas kita untuk cuba fahamkan diorang. sebagai contoh, diorang maybe nampak gig2 band ni semua sebagai satu benda yang tak sehat. teruk, rosak semua ada. tapi dengan parents aku, aku cuba fahamkan diorang yang gig ni semua tak lebih dari sekadar persembahan music. bukan pesta arak dadah bagai tu. and alhamdulillah parents aku faham. see? bukan diorang tak boleh faham tapi kauorang yang taknak fahamkan.

Tengok anak-anak yatim ni shopping. And bayangkan betapa diorang teringin nak shopping dengan makbapak diorang. KALAU ADA. kauorang untung kan?


Kalau nak dikira, masa yang kita spend dengan parents memang sikit. masa kecik je lah full time dengan parents. masuk skolah rendah pun dah kurang spend time sebab sekolah. masuk sekolah menenagh lagi kurang sebab banyak activity. masuk uni memang lagi tak spend time lah sebab study jauh, dok hostel. jumpa makbapak dua bulan sekali. call pun jarang2. sedangkan aku rasa kauorang yang ada partner tu, hari2 contact partner kauorang kan? rindu lah apa semua. pernah kauorang text makbapak and cakap kauorang rindu diorang? takde kan? try lah, percaya cakap aku, diorang akan sangat happy kalau kau buat macam tu.

Untuk kawan and partner, tak salah untuk ada semua ni. naluri remaja kan biasalah. tapi jangan dilebihkan berbanding parents la. aku pun bukan bagus sangat nak bagi nasihat. tapi aku tulis just nak bagi kauorang yang baca ni fikir. kalau kauorang tak termasuk dalam golongan yanga ku tulis ni, alhamdulillah la kalau kauorang rasa kauorang lah yang diperkatakan dalam post ni, renung2 kan lah dude. aku bukan nya anak yang baik sangat. aku banyak tak dengar cakap parents aku jugak. aku melepak keluar malam balik lambat, pergi gig, hisap rokok. tapi dalam masa yang sama, aku sayang parents aku lebih dari segalanya. terus terang cakap.

Jangan bila kauorang dah tak ada masa dengan diorang, baru kau mula nak sayang diorang. dah terlambat.


Jadi nak classify antara 3 elemen yang aku sebut sebagai title ni tak susah, Kat title tu memang dah ikut order dah. Utamakan kasih sayang makbapak kauorang, lepas tu hargai kawan2 and them baru lah balas cinta partner kauorang. susah ke? aku tak nampak pun benda ni susah. kau orang rasa macam mana?

Kawan Baik Tu Macam Mana?


Oleh kerana hari ni rabu dan bermakna aku tak ada kelas petang, jadi aku rasa nak guna masa yang ada ni untuk update blog buruk ni. haha. Hari ni aku sebenarnya blank taktau nak tulis pasal apa. Tapi aku rasa macam teringin nak cakap pasal Friendship. pasal kawan baik ape semua lah.

Masa MUET hari tu pun, writing test pasal friendship. So aku nak tulis kat sini apa ciri-ciri seorang kawan yang baik. Korang baca2 ni tengok2 lah ada tak ciri ni kat korang.

1. Bagi aku kawan yang baik ni seorang yang sanggup tolong kita anytime anywhere. Bayangkan aa, kau nak gerak satu tempat yang agak jauh tengah2 malam buta sebab emergency ke apa, then dalam masa yang sama kau tak larat, or maybe penat and mengantuk. Bila kau roger kawan kau, dia sanggup follow gi jauh2 semata-mata nak teman kau. even dia ada exam esok pagi tu. Where the hell in the world kau nak jumpa kawan baik macam tu? Tapi aku pernah jumpa ini tak tipu punya hal. Keluar 11.30 malam balik pukul 4.30 pagi. Tapi member punya pasal, kawan aku tu follow jugak walaupun dia ada presentation pagi esoknya tu. So kalau korang ada kawan yang macam ni jugak, hargai lah dia. korang takkan menyesal.

2. Next, kawan yang baik adalah jenis kawan yang sentiasa ada untuk kau bila kau ada problem. Dia sentiasa dengar problem kau walaupun dia x leh nak tolong solve kan. Even kau ada problem tengah2 malam buta, dia  sanggup ajak kau keluar lepak warung and bagi kau cerita semua yang jadi problem kau. Kau ingat kalau kawan2 biasa yang tak rapat dengan kau nak buat macam tu? In your dreams dude. 

3. Tak berkira. Kawan macam ni sangat susah nak cari. memang sangat susah. even aku sendiri pun akui, aku kadang2 berkira jugak. tapi jangan terkejut, memang ada kawan yang x pernah berkira. aku dah pernah jumpa sendiri kawan yang macam ni. Kau dah lapar tengah2 malam taktau nak buat apa. Kalau boleh nak keropok ke air gas botol besar ke kan, mana kau nak cari kawan yang sanggup bawak keluar duit tabung syiling dia. Bagi lambak atas meja, kira2 cukup RM 10, Haa pegi lah beli apa2 pun. Korang ada jumpa kawan macam ni? kalau ada, jangan take advantage pulak.
4. Kawan yang concern dengan hidup kau. Ini bukan tergolong dalam kategori busybody or jaga tepi kain orang tapi dia alert dengan hidup kau. Kalau kau tak ada duit and kau x cite. pegi cafe, makan pun makanan murah nasi lauk sikit dengan air kosng. dia nampak, dia x cite banyak dia akan terus hulur duit belanja kau. Sama juga dengan kelas. Dia selalu nampak kau gi kelas time2 tertentu ni. Then satu hari tu kau tertido and x bangun nak gi kelas. Dia susah payah gerak kau semata2 xnak kau ponteng kelas and terlepas belajar. Kalau kawan yang tak baik, dia buat bodoh je. Hidup kau, hidup kau lah. Hidup aku pandai2 lah aku jaga sendiri.

5. Yang susah nak cari, kawan yang sedaya upaya cuba adapt dengan kau semata2 nak jaga hati kau. contoh kalau kau minat music indie, dia layan hardcore. kau ajak dia gi gig indie, dia follow je padahal dalam hati dia x suka langsung lagu2 yang kau suka. tapi demi member, dia pegi jugak eventhough dia x layan pun masa gig tu. satu lagi contoh, kau suka makan kfc, dia suka mcD. Tapi kalau kau ajak gi kfc, dia ikut je padahal dia dah planning nak makan Big Mac. kau fikir balik kalau kau sendiri kau sanggup ke nak gi makan benda yang kau x minat sedangkan chance nak makan benda yang kau nak tu ada je. mesti kau penting diri kan? So kalau korang ada kawan yang jenis macam ni, belajar lah give and take. Sekali sekala ubah selera tak salah kan? :)


6. Kawan yang sentiasa tegur kau secara berhemah kalau ada benda tak kena. Kau mesti pernah kena tegur kan dengan member kau? People make mistake. standard lah. tapi kawan yang tak reti jaga hati member akan selamba je tegur member dia dengan tak berlapik. sebagai contoh, kau baca perbualan ni:

A: "Eh tak pernah aku tengok kau pakai baju ni pun?"
B: "Aku baru je beli baju ni semalam. rasa macam cantik je, tu aku beli"
A: "Eh kau ni. macam ni kau kata cantik? takde taste langsung, buruk gila"
B: "ohh okay..." (dalam hati sedih bila member kata macam tu)

Kalau korang kena pun kau mesti sedih kan?
Apa lah salahnya kalau perbualan tu jadi macam ni:

A: "Eh baju baru ke? Tak pernah nampak kau pakai?"
B: "Oh baju ni aku baru beli semalam je, rasa macam cantik, tu aku beli tu"
A: Okay jugak baju kau ni. Tapi aku rasa kau akan lagi cantik kalau kau pakai baju style lain sikit"
B: "Ye ke? tak tahu pulak aku. nanti kau tolong advise aku eh?"
A: Mesti lah, aku kan kawan kau. nanti aku teman kau shopping eh"

Haa kan ke tak sakit hati member kau kalau kau layan macam tu? So ingat2 lah korang, jaga hati member korang. tak salah menegur, tapi lapik2 lah sikit.

7. Kawan yang tak ambik hati dengan apa yang kau cakapkan atau guraukan. selalu sangat dah aku tengok orang gurau dengan member yang kadang2 boleh masuk kategori gurau kasar lah jugak. sebagai contoh, kalau kawan tu big-sized sikit, tetiba member jumpa, jerit "weh gemuk!". depan public. memang kasar kan? apa pulak perasaan kawan tu bila kena hina macam tu depan orang? Kawan yang tak ambik kesah memang payah la kau nak jumpa. kalau orang kelantan panggil gurau macam ni "Gurau Wak Yoh" atau dalam BM gurau kasar lah. So kalau koranga ada kawan penyabar macam ni, jangan lah gurau kasar lebih2 sangat. sebab sabar setiap orang ada batas. Mulut kena jaga, baru hati suka. 

Aku rasa ni je lah kot. kalau aku terfikir yang lain nanti aku update lagi. Kau orang yang dah baca ni renung2 kan lah, ada tak sifat2 macam ni dalam diri kau orang? or ada tak sifat2 ni dalam diri kawan kau orang? 

Ini salah seorang kawan baik aku. Antara yang terbaik, NURUL HUDA :

walaupun aku buncit dan tak handsome, dia tetap nak kawan dengan aku. Itulah erti bestfriend :)

CHOWW :)

Tuesday, April 19, 2011

5 Punca Gaduh Paling Popular Zaman Sekolah Dulu (Edisi Terkenang)



Zaman remaja mesti ada pengalaman gaduh kan. well tak lah semua orang pernah. tapi macam tak remaja lah tak gaduh. bila dikenang balik, Ni lah antara punca-punca gaduh paling famous :

1. Selalunya budak-budak gaduh pasal awek. Ko rebut awek aku, aku panas dengan kau, aku pukul kau, kau pukul aku, bawak geng apa semua. kalau dulu rasa macam benda besar je kan gaduh pasal awek. lama2 pikir, bodoh rupanya. haha. Tapi takpe, pengalaman mendewasakan kita kan?

2. Then golongan remaja suka sangat gaduh pasal lepak. Kalau dulu selalu lepak, but on several reasons, sorang ni dah x lepak. and x berapa peduli dengan gang2 dulu. Ini pun mencetuskan gaduh punya, tak tipu kau lah. Alasan gaduh? Ohh dia ni lupa kawan. aduhh, zaman remaja memang tak fikir kan. mana lah tau budak yang tak lepak tu dah nak berubah ke, ada hal lain lagi penting ke. 

3. Kalau main bola pun selalu gaduh. bukan match besar. Perlawanan liga sekolah antara kelas. tersiku sikit, terlutut sikit, terslide sikit even tertolak sikit pun boleh bawak gaduh. bila fikir2 balik kelakar jugak. haha tapi zaman tu rasa macam benda tu boleh jadi punca gaduh kan. haa kau tengok sekarang, dah besar baru pandai nak main okay2. tersiku, terlutut, terslide dan termacam2 lagi pun, tepuk bahu, angkat kening, senyummm. haa kan elok tu.

kalau sampai mcm ni punya gaduh bahaya jugak
4. Yang tak boleh lupa, zaman sekolah dulu banyak gaduh kalau kes usha2. pantang ada budak usha panas sikit. mula lah nak bengang. then maki2 tanya apa tak puas hati apa semua. eh pandang pun salah ke? haha. sumpah zaman dulu memang kelakar lah. Then mula lah cite kat member, aku tak puas hati dengan budak ni, apa2 hal, backup aku weh. hahaha. tapi zaman dah habis sekolah ni dah tak relevan dah kot benda macam tu . ada ke pandang2 boleh bawak gaduh? haha

5. Lastly, korang yang pernah jadi remaja mesti ingat lagi kalau ada budak baru masuk kat sekolah. then dia macam kerek2 sikit. confirm boleh jadi gaduh. Budak2 lama kat situ mula lah rasa tergugat. rasa budak baru nak ambik alih sekolah yang dorang pegang lah apa semua. semua nak bajet gangster kan? padahal pegang sekolah je pun. nanti kau dah habis sekolah kau tengok banyak lagi yang pegang kawasan lagi besar. So buat apa lah nak gaduh2 pasal benda kecik macam tu. apa salahnya kalau gi berbaik dengan budak baru tu. tak ke boleh jadi lagi kuat konon2 nak pegang sekolah tu? 

Ingat awek-awek tak leh gaduh ke? amik kau haha

haa ni lah dia 5 punca gaduh paling popular masa zaman sekolah dulu. ada lagi yang lain ke? maybe ada, aku tak pernah jumpa lagi kot. kalau ada, korang share2 lah eh. Ciaoww :)